Pernah beraksi bersama 'ex' kelab Liridon, bintang Maghribi bakal sertai pasukan Lembah Klang


  • Podium
  • Sabtu, 01 Jul 2023

Ezzejjari musim ini beraksi bersama Khon Kaen United di Liga Thailand. — Instagram/Ezzejjari

ANTARA pemain prolifik yang berada sebaris Bergson da Silva dan Fernando Forestieri sebagai penjaring terbanyak Liga Super pada musim lalu.

Herlison Caion secara rasminya meninggalkan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) serta-merta selepas mendapat tawaran daripada Hanoi FC dari Liga Vietnam.

Susulan keputusan Caion meninggalkan KL City secara persetujuan bersama, ramai ingin tahu siapa yang bakal dibawa sebagai pengganti bekas penyerang Selangor FC itu.

Menurut ciapan wartawan Astro Arena, Karl Nunis di Twitter, pengganti Caion sudah dikenalpasti oleh skuad Warga Kota.

Pemain yang dicanang bakal menggantikan penyerang Brazil itu ialah penyerang berdarah Maghribi-Sepanyol, Youssef Ezzejjari.

Ezzejjari dikatakan sebahagian daripada dua awang import baru yang dimahukan jurulatih KL City FC, Bojan Hodak bagi memperkuat pasukan.

Namun adakah anda tahu musim ini, Ezzejjari meninggalkan Liga Indonesia untuk beraksi bersama bekas pasukan Liridon Krasniqi, Khon Kaen United.

Musim terbaik pemain berusia 30 tahun itu ketika bersama Persik Kediri apabila menjaringkan 18 gol dan dua assist dalam 32 perlawanan Liga Indonesia.

Menurut laman sesawang Transfermarkt, sepanjang 79 perlawanan sepanjang kariernya Ezzejjari menghasilkan 43 gol dan lima assist.

Ezzejjari kini berstatus sebagai ejen bebas dan pastinya satu peluang agar pihak pengurusan KL City memulakan langkah dengan kadar segera untuk mendapatkan khidmatnya.

Pastinya pemain berketinggian 1.85 meter itu mampu membantu The City Boys untuk berada dalam kelompok lima terbaik Liga Super 2023.

Sebelum ini, info mengatakan The City Boys berusaha membawa bekas penyerang Persik Kediri itu pada awal musim tetapi gagal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram