'Hanya orang bijak saja tahu', TMJ bidas pasukan terhegeh-hegeh tiru JDT


  • Podium
  • Jumaat, 30 Jun 2023

Stadium Sultan Ibrahim merupakan rumah utama Harimau Selatan. — Facebook/JDT

"SEMUA pasukan lawan dan penyokong bola sepak tanah air tidak boleh menafikan saya adalah perintis bola sepak Malaysia."

Itulah kritikan dilontarkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada semua penyokong dan pasukan lawan yang tidak boleh menerima fakta bahawa beliau yang merubah landskap bola sepak Malaysia.

Sepanjang 11 tahun menguruskan Harimau Selatan, JDT muncul juara Liga Super sebanyak sembilan kali, Piala FA dua kali dan Piala Malaysia tiga kali dan juara Piala AFC pada 2015.

Kerja keras TMJ menjadikan nama pasukan Harimau Selatan sebagai satu skuad yang gah dan digeruni bukan sahaja dalam Malaysia bahkan juga sampai tahap antarabangsa apabila pasukan itu berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan menewaskan beberapa kelab gergasi Asia.

357144558_222588844009612_2565508313356399780_n

Tangkap layar komen TMJ di Instagram.

Menerusi ruang komen dalam Instagram, TMJ menegaskan hanya orang bijak sahaja tahu membezakan pasukan yang berjaya di zaman moden ataupun semi-pro.

"Hanya orang bijak sahaja tahu membezakan antara the real king in the modern profesional era dan the king of semi-pro era.

"Apabila 11 tahun semua berbelanja berjuta-juta beli pemain import untuk kalahkan JDT.

"Anda semua terlepas pandang investment yang kecil dalam segi komersial, pembangunan bola sepak dan infrastruktur bola sepak yang boleh membantu kelab anda bertahan lama.

JDT menjuarai Liga Super 2022. — Facebook/JDT

TMJ berkata, basic foundation adalah kunci kejayaan JDT sehingga menjadi sebuah kelab yang berjaya pada hari ini.

"Basic foundation, kestabilan adalah kunci kejayaan. Sebelum adanya JDT mengapa semua tiada stadium sendiri bertahun-tahun?

"Adakah semua hanya pandang Piala Malaysia?

"Apabila saya tubuhkan JDT barulah semua terkejar-kejar nak ada stadium sendiri dan pusat latihan.

"Barulah ada ke Asia bossku mentaliti, itupun masih nak pakai rumput cow grass," katanya.

Tambahnya, jika bukan dirinya yang memulakan segala-galanya, semua orang yang memegang bola sepak tidak tahu buat apa-apa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram