Bukan pengurusan rehatkan jurulatih, 8 tahun lepas pengendali Terengganu pecat diri sendiri 


  • Podium
  • Jumaat, 30 Jun 2023

Abdul Rahman kembali menjadi pengendali Terengganu selepas kali terakhir mengemudinya pada musim 1983-1984. — Agensi

MUSIM ini menyaksikan tiga pasukan iaitu Kelantan FC, Kelantan United FC (KUFC) dan Perak FC membuat tindakan untuk menukar jurulatih susulan masalah prestasi pemain dan pasukan.

Persamaan tiga kelab tersebut adalah kesemua pihak pengurusan memilih untuk merehatkan jurulatih selepas gagal mencapai sasaran pasukan.

Namun sebelum ini seorang pengendali dari Terengganu FA, Abdul Rahman Ibrahim memutuskan untuk memecat diri sendiri selepas mengalami kekalahan berturut-turut enam perlawanan.

Lapan tahun lepas pada 30 Jun 2015, bekas jurulatih kebangsaan berusia 77 tahun itu memutuskan untuk berundur daripada jawatannya apabila skuad Penyu gagal mencatat kemenangan dalam aksi liga sejak April pada musim tersebut.

Pihak pengurusan Terengganu FA ketika itu memberikan Abdul Rahman cuti rehat selama tiga bulan selepas satu mesyuarat khas diadakan.

Presiden TFA ketika itu, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, keadaan skuad Penyu pada musim 2015 tersebut tidaklah terlalu buruk sehingga memaksa pihak pengurusan untuk memecat jurulatih.

WhatsApp Image 2023-06-30 at 12.42.28

Abdul Rahman pada awalnya diberikan cuti rehat selama tiga bulan selepas satu mesyuarat khas diadakan. — Agensi

Namun, Wan Ahmad Nizam menghormati keputusan Abdul Rahman yang memilih untuk menjauhkan diri daripada pasukan.

“Kami bersetuju bahawa keadaan tidak terlalu buruk untuk mewajarkan jurulatih berundur tapi kami menghormati keputusan Abdul Rahman untuk memohon cuti.

"Tekanan semakin memuncak ke atas Terengganu untuk mula menghasilkan keputusan positif semula dan mungkin, perubahan dalam barisan kejurulatihan dapat membuahkan sesuatu," katanya.

Rentetan keputusan pengendali tersebut, penolong jurulatih Ahmad Yusoff dan Mustaffa Kamal Abdul Wahab dipilih untuk memangku seketika jawatan dan menjalankan tugas yang ditinggalkan Abdul Rahman.

Wan Ahmad Nizam berkata, keputusan untuk menerima permohonan Abdul Rahman untuk cuti itu dibuat selepas mendengar maklum balas daripada pihak pengurusan, kakitangan kejurulatihan dan pemain.

Kali pertama Abdul Rahman bersama Terengganu selama setahun pada tahun 1983 sebelum kembali buat kali kedua tahun 1998 juga selama 12 bulan.

Pada musim tersebut, Abdul Rahman menjadi jurulatih kelima yang kehilangan tugas dalam saingan Liga Malaysia.

Jurulatih Kelantan George Boateng, B.Sathianathan (ATM), Bojan Hodak (Johor Darul Takzim) dan Aminuddin Hussien daripada pasukan Kuantan FA yang 'direhatkan' oleh majikan masing-masing pada musim 2015. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram