Bekas pemain kebangsaan yakin Bojan tidak guna taktikal sama lawan JDT di final Piala FA


  • Podium
  • Khamis, 29 Jun 2023

KL City pernah menumpaskan JDT di pentas akhir Piala Malaysia 2021 dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

KUALA Lumpur City FC (KL City) dan Johor Darul Takzim (JDT) sah layak ke pentas akhir Piala FA 2023 selepas kedua-dua pasukan berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.

Dengan Tan Cheng Hoe gagal mengekang kemaraan JDT, pastinya ramai ingin tahu kejutan taktikal yang bakal ditonjolkan pengendali The City Boys, Bojan Hodak.

Sebelum ini, Bojan menyatakan mereka hanya perlu mengulangi rancangan taktikal yang membantu mereka menjulang Piala Malaysia pada 2021.

Bojan mengakui sekiranya mereka bermain secara terbuka seperti yang dilakukan Selangor FC, sudah pasti mereka akan dibelasah oleh anak-anak buah Esteban Solari.

Ini kerana Harimau Selatan dibarisi ramai pemain-pemain terbaik di Malaysia termasuk pemain sayap muda, Arif Aiman Hanapi.

356213289_694287599375800_6788952872278329287_n

Giancarlo Gallifuoco menjadi wira KL City selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Namun bagi pandangan bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, Bojan tidak akan menggunakan taktikal yang sama ketika menentang JDT di pentas akhir nanti.

"Saya jangka mungkin pasukan KL City atau coach Bojan perlu menerapkan serba sedikit corak permainan ataupun taktikal macam mana nak 'adapt' liga punya perlawanan dan bawa ke final.

"Saya jangka begitu, tapi mungkin KL City mereka tak akan mempertaruhkan sekarang punya atau 3 hari bulan punya perlawanan sebagai satu petanda aras nak pergi final.

"Mesti corak permainan berlainan coach Bojan akan lakukan dan itu jangkaan saya untuk KL City," katanya pada Nadi Arena.

Bercakap mengenai prestasi KL City dalam liga, Asmawi berkata, bukan kerja mudah untuk mencari rentak kemenangan sebelum bertemu JDT di final nanti.

"Ya mereka dalam keadaan sedikit terambang-ambing di dalam liga.

"Mereka tengah mencari rentak untuk dapatkan kemenanagna balik itu, sekali lagi saya jangka dengan JDT bukan kerja mudah untuk mereka.

"Mungkin coach Bojan ada taktikal dari segi menurukan pemain dan permainan yang berlainan dalam liga dan untuk bawa ke final," jelasnya.

JDT akan bertemua KL City pada perlawanan akhir 22 Julai di Stadium Sultan Ibrahim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram