TMJ sanggup sign ramai player mahal-mahal, asalkan fans JDT gamatkan SSI setiap game


  • Podium
  • Khamis, 29 Jun 2023

Seramai 32,257 penyokong hadir pada aksi separuh akhir Piala FA antara JDT-Selangor FC. — Facebook/JDT

KEHANGATAN pasca perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) menang mudah ke atas Selangor FC dalam saingan ke pentas akhir Piala FA pada Isnin masih menjadi bahan bualan majoriti penyokong bola sepak tanah air.

Bermula dengan persembahan berkelas dunia dari tonggak sayap lincah, Arif Aiman Hanapi sehingga ke sambutan mengagumkan daripada penyokong, semuanya layak diberi tepukan gemuruh.

Bercakap mengenai sokongan penuh daripada pemain ke-12, kehadiran penyokong Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang hampir 'full house' pada aksi menentang Gergasi Merah itu menjadi salah satu faktor pasukan tuan rumah tidak ada masalah untuk memberikan aksi bertenaga.

Malah, kehadiran penyokong yang mencatatkan jumlah tertinggi 32,257 orang pada aksi separuh akhir itu membuatkan pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim tidak teragak-agak untuk berbelanja besar memborong bintang-bintang termahal di pasaran pemain sebagai tanda terima kasih kepada pengikut JDT.

WhatsApp Image 2023-06-29 at 11.03.12

Tangkap layar komen dari TMJ.

Perkara itu dinyatakan Tunku Ismail di laman Instagram yang menyatakan bahawa beliau sedia membawa ramai pemain mahal sekiranya kehadiran penyokong di SSI penuh setiap perlawanan.

“Kalau setiap perlawanan macam ni, sign players mahal-mahal pun tidak apa. Puas hati. Apa-apapun terima kasih,” komen dari TMJ.

Perkara itu adalah tidak mustahil untuk dilakukan Harimau Selatan susulan sebelum ini JDT merekodkan pemain termahal Liga Malaysia dengan membawa masuk Jordi Amat dengan nilai RM4.67 juta.

Malah, khabar angin bintang bola sepak dunia, Radamel Falcao ke JDT juga boleh menjadi kenyataan pada bila-bila masa sekiranya TMJ membuat keputusan untuk merealisasikannya demi penyokong Harimau Selatan.

Selepas ini, JDT akan melayan kunjungan Kuala Lumpur (KL) City di pentas final pada 22 Julai dan pemenang Piala FA bakal mendapat slot kelayakan beraksi di Piala AFC musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram