'Kena baling batu dekat Tol Senai', giliran penyokong Selangor jadi mangsa 'hooligans' JDT


  • Podium
  • Isnin, 26 Jun 2023

Bas penyokong Selangor dibaling batu semasa perjalanan ke Stadium Sultan Ibrahim. — Facebook/Nur Syuhada

BELUM lagi reda dengan isu sekumpulan penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mengganggu skuad Selangor FC dengan letupan bunga api.

Kini penyokong Selangor pula menjadi mangsa amukan penyokong JDT yang tidak senang dengan kehadiran pemain ke-12 Gergasi Merah itu.

Tular di media sosial, bas penyokong Selangor dibaling batu oleh 'hooligans' JDT sehingga mengakibatkan tingkap kenderaan pemain ke-12 itu pecah.

Menerusi perkongsian penyokong Selangor, Nur Syuhada di Facebook, insiden balingan batu oleh 'hooligans' JDT itu dipercayai berlaku di Plaza Tol Senai, Johor.

Insiden tersebut menyebabkan beberapa buah bas yang membawa penyokong Selangor itu terpaksa berhenti di tepi lebuh raya untuk memeriksa keadaan mangsa terlibat.

354994242_6529781100399543_8436984974128127269_n

Cermin bas penyokong Selangor yang dibaling batu. — Facebook/Nur Syuhada

Sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir Piala FA, sudah pun ada pelbagai insiden yang menarik perhatian orang ramai.

Sebelum ini, perang psikologi antara kedua-dua pasukan juga mendapat perhatian apabila pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memuat naik gambar keputusan 5-0 semasa menyaksikan latihan Harimau Selatan.

Manakala Selangor pula memuat naik sedang bermain tenis bersama Raja Muda Selangor beberapa hari sebelum perlawanan separuh akhir Piala FA pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram