Pegang watak cameo berdepan Papua New Guinea, Junior Eldstal rupanya cipta rekod tersendiri


  • Podium
  • Rabu, 21 Jun 2023

Junior Eldstal diberi peluang beraksi bersama skuad kebangsaan. -Instagram / junioreldstal

SKUAD Harimau Malaya tersenyum lebar apabila mencatatkan kemenangan besar ke atas pasukan Papua New Guinea dengan keputusan 10-0 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada Selasa.

Di bawah kendalian Kim Pan-gon, skuad kebangsaan berjaya melakar sejarah tersebut kerana memiliki barisan pemain yang dipilih oleh pengendali Korea Selatan itu memberikan hasil yang baik.

Pasukan Harimau Malaya menunjukkan taring lebih tajam pada masa kedua apabila gandingan Faisal Halim dan Arif Aiman menjadi satu suntikan buat skuad tersebut sehingga menjelmakan sembilan gol berbanding satu gol pada separuh masa pertama.

Namun begitu, nama pemain pertahanan skuad kebangsaan, Junior Eldstal sering menjadi bualan hangat di media sosial.

Ini kerana, penyokong mempertikaikan kebolehan bek tengah itu kerana kekurangan minit permainan ketika bermain di salah satu kelab Thailand Pt Prachuap apabila tersenarai dalam untuk beraksi bersama Harimau Malaya.

Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sendiri mahu mendapatkan khidmat pemain kacukan Malaysia-Sweden itu untuk turut beraksi bersama skuad kebangsaan.

WhatsApp Image 2023-06-21 at 18.05.12

Barisan skuad negara meraikan kemenangan besar ke atas Papua New Guinea. — Facebook/FAM

Sebelum ini, pemain berusia 31 tahun itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan yang menang bergaya ketika perlawanan menentang Kepulauan Solomon dengan keputusan 4-1.

Tetapi, Junior diberi peluang oleh Pan-gon ketika berdepan dengan Papua New Guinea selepas pemain pertahanan Muhamad Feroz Baharudin terpaksa direhatkan akibat kecederaan.

Pastinya ramai yang tidak mengetahui bahawa pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu sebenarnya menciptakan rekod peribadi.

Untuk rekod, ketika Junior bermain bersama Malaysia pada 2015 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), skuad negara dikalahkan dengan keputusan 0-10.

Kini, dia mencipta rekod apabila mencatat keputusan kemenangan dengan jumlah yang sama ketika melawan Papua New Guinea. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram