Idam main kelab Asia, Luqman Hakim sahkan bakal terlepas Piala AFF B-23


  • Podium
  • Rabu, 21 Jun 2023

Luqman Hakim menyumbang dua gol daripada lima perlawanan untuk Yarvik. — Agensi

PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mendedahkan bahawa khidmatnya tidak dapat digunakan bagai kempen Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Bawah 23 tahun (B23) pada Ogos depan.

Menurut pemain yang kini beraksi bersama kelab Iceland, Yarvik itu, susulan jadual Piala AFF berlangsung luar kalander Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Disebabkan Piala AFF diadakan di luar kalendar FIFA, saya tidak boleh tinggalkan pasukan kerana masih ada perlawanan di Iceland.

"Saya harap kami dapat bermain di peringkat seterusnya sebagai persiapan menghadapi Piala Asia B-23 (September) nanti dan kelayakan Sukan Olimpik," katanya memetik laporan daripada Stadium Astro.

Dalam pada itu, penyerang muda negara itu juga menyatakan hasratnya untuk berkelana ke pentas besar Asia seperti Jepun, Korea Selatan.

Ketika ini, Luqman Hakim dipinjamkan ke kelab Iceland, Yarvik, daripada Kortijk sejak Februari lalu dan membuktikan ketajamannya menerusi dua gol daripada lima perlawanan.

WhatsApp Image 2023-06-21 at 10.25.43

Luqman Hakim dipinjamkan ke Yarvik daripada Kortijk. — Instagram/LuqmanHakim

Walaupun pemilik, Tan Sri Vincent Tan, sudah menjual kelab Belgium itu, Luqman Hakim kekal di Eropah tetapi andai berkesempatan, dia ingin melebarkan sayapnya dalam kancah Asia.

Pada 14 Jun lalu, pemilik KV Kortrijk itu bersetuju melepaskan kelab Belgium itu kepada ahli perniagaan kelahiran Amerika Syarikat-Poland, Maciek Kaminski.

"Kontrak saya di Kortrijk masih berjalan hingga 2025. Tapi kalau ikutkan saya ingin bermain di Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan kalau tidak pun Thailand.

"Saya tertarik dengan bola sepak mereka. Kancah di Liga Jepun boleh dijadikan pelantar untuk bermain di Eropah. Bola sepak mereka maju.

"Walaupun Thailand sama dengan Malaysia, mungkin saya berminat dengan suasananya,” kongsinya. Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram