[VIDEO] Dikecam fans Indonesia 'tackle' keras, Garnacho disamakan dengan 'Young Rooney'


  • Podium
  • Rabu, 21 Jun 2023

Alejandro Garnacho melakukan terjahan keras kepada Asnawi Mangkualam. — Agensi

PEMAIN muda Manchester United, Alejandro Garnacho telah dibandingkan dengan Wayne Rooney selepas melakukan terjahan keras terhadap Asnawi Mangkualam ketika perlawanan persahabatan menentang Indonesia baru-baru ini.

Ketika perlawanan Argentina dengan Indonesia pada Isnin, Garnacho menjadi mangsa terjahan keras oleh pemain Sang Garuda.

Garnacho mengambil keputusan untuk membalas semula terjahan keras itu kepada Asnawi sehingga mendapat respons negatif daripada orang ramai.

Namun apa yang membuatkan penyokong hairan ialah Garnacho tidak dikenakan sebarang layangan kad yang mana terjahan itu boleh dikenakan kad merah.

Bagi penyokong United mereka tidak marah dengan tindakan Garnacho tapi menyamakan pemain muda itu dengan legenda The Red Devil, Wayne Rooney.

Ia kerana ketika zaman muda, Rooney banyak melakukan terjahan keras terhadap pihak lawan sekali gus dia turut mempunyai sikap panas baran jika pasukannya tewas.

Pada perlawanan itu, Argentina menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-0 yang mana gol dijaringkan oleh Leandro Parades dan Cristian Romero. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram