'Semua pasukan Piala Asia serius September', fans mula senarai kelemahan HM


  • Podium
  • Rabu, 21 Jun 2023

Akhyar Rashid diasak oleh dua pemain Papua New Guinea dalam perlawanan persahabatan pada Rabu.

HARIMAU Malaya berpesta gol apabila membelasah Papua New Guinea 10-0 dalam aksi antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Selasa.

Kemasukan Arif Aiman dan Faisal Halim di babak kedua jelas mengubah ketajaman Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon apabila sembilan gol dijaringkan dalam tempoh 45 minit.

Kemenangan sempurna Malaysia terhadap pasukan di rangking 149 dunia itu dibantu oleh jaringan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga M), Arif Aiman serta hatrik Paulo Josue pada babak kedua.

Ini antara kemenangan terbesar Harimau Malaya di peringkat antarabangsa selepas pernah membelasah Filipina 15-1 pada tahun 1962.

Josue (kiri) dan Arif (kanan) berjaya menjaringkan hatrik. Facebook/FAM

Seorang penyokong @abearfromSEA di Twitter memuat naik satu ciapan berkenaan 24 pasukan yang menyertai Piala Asia 2023.

"September ini 24 pasukan yang menyertai Piala Asia akan mula serius.

"Enjoy the night, esok barisan kejurulatihan perlu study kelemahan pasukan sebelum September ini," katanya.

Penyokong Harimau Malaya mula menyenaraikan beberapa kelemahan yang perlu diatasi oleh anak-anak buah Pan-gon terutamanya permainan pada separuh masa pertama.

"Sesetengah pemain tak tenang terutama penyudah di hadapan gawang gol, ketenangan adalah senjata utama pasukan-pasukan kuat lihat sahaja berapa tenangnya Jepun berdepan Argentina bermain," kata Odorono Osama.

"Corner dan free kick banyak dapat tapi jarang guna betul-betul untuk dapat gol, bila jumpa pasukan lebih kuat boleh guna kelebihan yang ini," ujar Su Heru.

"Ketandusan penyerang utama itulah masalah utama dalam skuad kebangsaan sekarang malah dari coach lepas lagi Harimau Malaya struggle nak build up team yang solid sebab masalah forward," jelas Ady Saufi.

Dengan menang dua perlawanan persahabatan, Malaysia dijangka memintas kedudukan Filipina yang kini berada di rangking ke-136 dunia buat kali pertama selepas ditinggalkan negara berkenaan sejak 2011. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram