Mengimbau usaha Irfan Bakti untuk hentikan kemaraan JDT bersama Sang Penyu 5 tahun lalu


  • Podium
  • Selasa, 20 Jun 2023

Irfan Bakti pernah membantu skuad Sang Penyu menjadi salah sebuah kelab terbaik dalam Liga Super.

KEKALAHAN mengecewakan yang dicatatkan skuad Sang Penyu ketika menerima kunjungan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu terpaksa ditelan pahit oleh rata-rata penyokong.

Selepas memulakan perlawanan dengan cukup baik, Terengganu FC bagaimanapun ketinggalan selepas jaringan cantik daripada Fernando Forestieri meletakkan pelawat di hadapan.

Namun, kelab Pantai Timur tersebut tidak berputus asa apabila meraih gol menerusi satu tendangan percuma Sony Norde pada minit ke-28.

Tetapi, senyuman yang terukir di wajah peminat setia Sang Penyu tidak berkekalan apabila ketajaman jentera serangan JDT sukar dihentikan apabila mereka menjaringkan gol menerusi Bergson da Silva dan Endrick dos Santos.

Keputusan 1-3 yang dicatatkan di laman sendiri tersebut menyaksikan Terengganu FC tewas dalam lima pertemuan terakhir dengan kelab Selatan tanah air berkenaan.

4F7BCA3E-5234-4FE6-B62C-8BAA24E2BFB4

Jaringan cantik Forestieri ketika berdepan Terengganu FC memastikan skuad Harimau Selatan berada di hadapan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Walaupun kerap menyajikan aksi-aksi terbaik, ia pastinya belum mencukupi buat mana-mana pengendali yang meletakkan hasrat untuk menghentikan dominasi JDT dalam arena bola sepak tempatan.

Ini termasuk ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim yang meletakkan harapan tersebut ketika masih bersama-sama skuad Sang Penyu pada 2018.

Katanya, penguasaan JDT dalam arena bola sepak tempatan sememangnya sukar untuk dipertikaikan melihat kepada kualiti pemain tempatan dan import yang dimiliki mereka.

"Tetapi, kali ini, kami yakin bahawa kami akan sekurang-kurangnya dapat membawa pulang satu mata, namun kami masih perlu berhati-hati.

"Namun, apa yang memberi sedikit kelegaan adalah apabila kami memiliki kesemua pemain yang bersedia untuk diturunkan dan kami kini berada dalam momentum yang baik," katanya.

WhatsApp Image 2023-06-20 at 20.45.38

Antonio (tengah) menjaringkan gol pendahuluan ketika menundukkan Terengganu FC pada 2018.

Tambah pengendali kelahiran Perak itu, dua pemain Harimau Selatan yang perlu diberikan perhatian ketika itu ialah bek tengah, Marcos Antonio serta penyerang kelahiran Argentina, Fernando Elizari.

Hasrat tersebut diletakkan Irfan Bakti memandangkan skuad Harimau Selatan ketika itu sedang dalam usaha mereka untuk membawa pulang trofi Liga Super buat kali kelima berturut-turut.

Bagaimanapun, cita-cita pengendali yang kini berusia 72 tahun itu tidak tercapai apabila JDT mencatatkan kemenangan 2-0 di Stadium Larkin, Johor.

Jaringan yang dihasilkan Antonio serta Gonzalo Cabrera pada separuh masa pertama memastikan tiga mata milik mereka walaupun kapten pasukan, Aidil Zafuan Abd Razak dilayangkan kad merah.

Namun, Terengganu FC juga berkesempatan untuk meraikan kejayaan ke atas kelab berkenaan apabila menyingkirkan mereka daripada saingan Piala Malaysia di peringkat separuh akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram