'Fans' Selangor tutup pintu kepulangan bekas pemain yang tersisih di JDT


  • Podium
  • Isnin, 19 Jun 2023

Adam (dua dari kanan) sudah diletakkan dalam skuad Piala MFL JDT selepas kurang berkesan memberikan sebarang impak. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

MENJELANG jendela perpindahan kedua Liga Super pada Julai, beberapa pasukan dikatakan sudah berhasrat untuk memastikan skuad masing-masing berada di tahap terbaik.

Selain merancang untuk membawa masuk wajah baharu, rombakan juga semestinya akan dibuat dengan melepaskan pemain yang gagal memberikan impak buat pasukan.

Antara kelab yang pastinya berhasrat untuk melakukan sedemikian ialah Johor Darul Takzim (JDT) walaupun mereka sedang selesa di persada Liga Super.

Lambakan pemain import merupakan antara faktor utama segelintir yang lain gagal mendapatkan tempat dalam pasukan sehingga ada yang terpaksa diletakkan dalam skuad belia.

Bekas bek tengah kebangsaan, Adam Nor Azlin dikatakan sebagai salah seorang yang berdepan nasib tersebut dengan kelibatnya semakin dilupakan ketika ini.

WhatsApp Image 2023-06-19 at 11.29.16

Adam gagal mendapatkan tempat dalam skuad utama Harimau Selatan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Keputusan ketua jurulatih JDT, Esteban Solari untuk menggunakan gandingan Feroz Baharudin serta Jordi Amat dalam hampir kesemua perlawanan menyaksikan pemain itu kehilangan tempat dalam pasukan.

Selain itu, kekurangan minit permainan sedikit sebanyak menjejaskan sentuhannya di atas padang dengan dia terpaksa berpuas hati dengan peluang bersama skuad Piala MFL Harimau Selatan.

Kini, khabar angin kuat mengatakan beberapa kelab Liga Super sedang mencuba untuk mendapatkan tandatangannya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelut dalam aspek pertahanan.

Salah satu pasukan tersebut ialah Perak FC yang cukup dikenali dengan kerapuhan benteng dalam Liga Super musim ini apabila sudah dibolosi sebanyak 32 kali dalam 14 perlawanan.

Namun, di sebalik ura-ura berkenaan, gergasi bola sepak tanah air, Selangor FC turut menyatakan hasrat memandangkan pemain berusia 27 tahun tersebut pernah menyarung jersi skuad Gergasi Merah dari 2016 sehingga 2017.

22adam.transformed

Adam (kanan) pernah menyarung jersi Selangor untuk beberapa musim.

Perkara berkenaan diluahkan penyokong kelab Lembah Klang itu, Muhammad Azmi memandangkan Adam terus dilupakan dalam skuad Harimau Selatan ketika ini.

Bagaimanapun, kenyataan pengikut setia pasukan itu ditolak secara mentah-mentah daripada yang lain apabila mereka berasakan keputusan Adam untuk meninggalkan Selangor FC sebelum ini terus melukakan hati.

"Kalau ikutkan, dia ni tiada sebarang isu dengan Selangor, OK je rasanya untuk diambil semula. Tetapi, disebabkan sekarang ini Selangor dah ikut perancangan untuk kembangkan bakat muda, tidak perlu rasanya.

"Lagipun, Adam merupakan pemain pertahanan, Selangor pun dah mempunyai lambakan pemain muda yang boleh bermain di posisi itu," kata Mohd Akram al-Banjariy.

"Rasanya, tidak perlu dah untuk kita dapatkan dia semula. Ramai lagi bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diberikan pendedahan," kata Ramlie Harun.

Ketika ini, Selangor FC kerap menggunakan gandingan Shahrul Nazeem Zulpakar dan Yazan al-Arab di posisi bek tengah dengan Richmond Ankrah dan Harith Haiqal Adam Afkar kerap digilirkan.

Skuad Gergasi Merah kini mempunyai peluang terbaik untuk beraksi di peringkat Asia apabila berada di tangga kedua dengan 31 mata sudah dikumpul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram