Pemain senior JDT minta dilepaskan? fans TBG awal 'book' bek malap Harimau Selatan


  • Podium
  • Ahad, 18 Jun 2023

Adam diturunkan ke skuad utama JDT ketika aksi persahabatan menewaskan kelab Singapura, Albirex Niigata, 5-1 pada Sabtu. — Facebook/JDT

BERBAKI kira-kira dua minggu lagi jendela perpindahan kedua akan bermula dan para pasukan Liga Super juga pastinya sedang sibuk mencari pemain baharu bagi mengisi kelopongan di bahagian kritikal masing-masing.

Bukan hanya kelab yang memulakan langkah bagi mencari tonggak baharu, malah terdapat juga pemain sendiri yang menyatakan hasrat mereka untuk berhijrah ke pasukan lain menjelang jendela perpindahan kedua ini.

Seperti situasi yang sedang berlaku kini apabila kecoh mengenai khabar angin bek tengah Johor Darul Takzim (JDT), Adam Nor Azlin yang difahamkan meminta untuk dilepaskan oleh majikannya untuk mendapatkan peluang beraksi di kelab Liga Super lain.

Menerusi perkongsian dari laman penyokong Harimau Selatan, JDT fans club, pemain berusia 27 tahun yang kini banyak beraksi bersama pasukan simpanan bagi saingan Piala MFL itu ingin mengembalikan semula potensinya di pasukan baharu.

“Adam Nor Azlin dikhabarkan minta dilepaskan ke mana-mana pasukan Liga Super, dia ingin mengembangkan bakat permainan yang sepatutnya di umur 27, dia telah mencapai tahap yang paling tinggi. Dia sudah lama tidak dipanggil sertai skuad negara,” kongsi laman tersebut.

WhatsApp Image 2023-06-18 at 14.17.53

Adam ketika aksi persahabatan menentang Albirex Niigata pada Sabtu. — Facebook/JDT

Walaupun belum ada sebarang pengesahan rasmi dari pihak JDT mahupun Adam namun penyokong pasukan Perak FC dengan pantasnya menempah awal khidmat pemain kelahiran Labuan tersebut.

Menerusi laman penyokong skuad Seladang, Silver Retro, mereka mengharapkan agar bekas tonggak Selangor FC itu menjadi sebahagian daripada pemain Perak FC musim ini dan mereka percaya kehadiran Adam mampu memperbaiki kelemahan yang ada pada bahagian pertahanan pasukan tersebut.

Kehadiran ketua pasukan JDT II itu jelas dapat membantu masalah pertahanan yang dialami Perak FC pada pusingan pertama Liga Super musim ini, menyaksikan pasukan berkenaan bolos 32 gol dalam 14 perlawanan.

WhatsApp Image 2023-06-18 at 14.18.05

Tangkap layar dari laman penyokong Perak, Silver Retro.

Oleh itu, dengan kemasukan tonggak berpengalaman seperti Adam dalam skuad Perak FC yang rata-ratanya dibarisi pemain muda boleh menjadi kelebihan buat skuad The Bos Gaurus untuk tampil lebih kebal pada pusingan kedua nanti.

Sejak berhijrah ke Harimau Selatan sejak 2018, pemain yang mampu beraksi di bahagian serangan itu hanya membuat 53 penampilan bersama pasukan utama setakat ini.

Justeru itu, jika Adam berminat untuk berpindah ke Perak, ia mampu menjadi platform terbaik buat dirinya mengumpul semula menyinar semula dan berkemungkinan berpeluang diserap kembali ke pasukan kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram