[VIDEO] Tertelan, hilang gigi akibat tumbukan TKO paksa pengadil hentikan aksi lepas 2 minit bertarung


  • Podium
  • Ahad, 18 Jun 2023

Tangkap layar keadaan Bokeme selepas tewas di tangan Boahpeah. — Twitter

BUKAN hanya kekalahan di tangan lawan, malah atlet kickboxer kelahiran Switzerland, Ulric Bokeme terpaksa menanggung perit apabila gigi depannya patah dalam pertarungan sengit di GLORY Collision 5 di Rotterdam, Belanda.

Pemain kelas middleweight berusia 32 tahun itu bukan sahaja mengalami kekalahan Technical Knockout (TKO) di tangan Michael Boahpeah tetapi terpaksa menanggung perit apabila gigi depannya juga hilang semasa perlawanan pada Sabtu.

Perlawanan tersebut memberi tamparan untuk Bokeme secara fizikal dan mental kerana terpaksa akur apabila pengadil terpaksa menghentikan perlawanan selepas dua minit bertarung.

Semasa pertarungan berlangsung, Bokeme mula menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan dan memberi isyarat kepada pengadil tentang masalah pada pelindung giginya.

Setelah diperiksa lebih dekat, Bokeme rupanya telah kehilangan beberapa gigi depannya akibat tumbukan kuat daripada lawan tersebut.

Ia adalah kejadian yang sangat yang mengejutkan kepada semua orang dan tanpa pilihan lain, pengadil terpaksa campur tangan dan mnghentikan pertarungan.

Boahpeah muncul sebagai pemenang dengan TKO pusingan pertama manakala Bokeme dibiarkan bergelut dengan mencari sebahagian giginya yang hilang di atas gelangang perlawanan.

Keadaan lebih teruk menimpa kepada Bokeme apabila dia mendedahkan kepada kakitangan pasukannya bahawa dia sudah menelan beberapa gigi di tengah-tengah kekalahan yang dahsyat itu.

Ia merupakan pengalaman yang mendukacitakan dan menyakitkan bagi peninju tersebut baik dari segi fizikal mahupun emosi Bokeme. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram