Disebut ganti Willian Lira, bintang Brazil di negara jiran jadi rebutan Sang Badak


  • Podium
  • Ahad, 18 Jun 2023

Sílvio Junior boleh mengambil posisi Fayadh Zulkifli di bahagian sayap kiri yang ketika ini dilihat masih bergelut mencari rentak terbaik. — Agensi

MENJELANG perpindahan kedua musim 2023, nama bintang Brazil di negara jiran, Sílvio Junior kembali menjadi sebutan penyokong bola sepak tanah air tempatan.

Hal ini kerana, melalui tinjauan dalam media sosial, pemain berumur 29 tahun ini dikhabarkan berada dalam radar dua kelab gergasi negara iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sabah FC.

Jika melihat pada prestasi pada dua kelab tersebut, kedua-duanya memerlukan elemen baharu dalam jentera tengah menyerang mereka.

Namun begitu, pada ketika ini keperluan itu lebih memihak kepada Sang Kenari yang baru sahaja kehilangan penyerang utama mereka iaitu Willian Lira yang akan berhijrah ke Thailand.

Selain itu, tambahan pula skuad Hijau Kuning itu pastinya memerlukan penyerang baharu untuk digandingkan dengan Jonathan Balotelli.

Di skuad kendalian Nafuzi Zain, Sílvio Junior boleh mengambil posisi Fayadh Zulkifli di bahagian sayap kiri yang ketika ini dilihat masih bergelut mencari rentak terbaik.

RZL0945-1 (1)

Sílvio Junior boleh menggantikan tempat Darren Lok yang mengalami kecederaan pada ketika ini. — Agensi

Bercerita mengenai Sabah FC pula, skuad Sang badak yang berada di tangga kelima carta Liga Super memerlukan seorang yang boleh menggantikan Darren Lok.

Apatah lagi pada ketika ini, Darren sudah beberapa kali tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama kerana mengalami kecederaan.

Hal ini sedikit sebanyak merencatkan cara permainan skuad Sang Badak yang dilihat semakin merudum sekarang.

Walaupun begitu, mampukah pemain ini memikul tanggungjawab besar dalam kedua-dua pasukan ini dalam bersaing dengan pasukan lain.

Ini kerana ia menuntut pemain tersebut untuk segera mencapai persefahaman dan keserasian atas padang sebelum liga bermula.

Untuk rekod, pemain berketinggian 1.84 sentimeter ini sudah mengakhirinya kontraknya bersama pasukan Persikabo pada awal Jun lalu.

Sepanjang 28 perlawanan bersama pasukan tersebut, Sílvio Junior berjaya meledak lapan gol dan empat bantuan gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram