'Wonder Kid' Perak terima kontrak dari kelab liga Korea, bakal penyelamat skuad Seladang


  • Podium
  • Ahad, 04 Jun 2023

Dainnel Aqashah merupakan pelajar di sekolah sukan SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak. — Facebook/Dainnel Aqashah.

DI sebalik hentaman serta kecaman diterima skuad Perak FC susulan persembahan buruk dipamerkan pada musim ini, duka peminat sedikit terubat dengan berita pemain remaja di negeri itu yang dikhabarkan menerima tawaran beraksi di Liga Korea baru-baru ini.

Merupakan pelajar di sebuah sekolah sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh, Perak, Dainnel Aqashah, 15, turut mewakili pasukannya bertanding dalam NFDP Series : JSA International NFDP Master Open 2023 anjuran Majlis Sukan Negara.

Berita itu dikongsikan di laman Facebook peribadinya selepas mendapat surat tawaran kontrak bersama sebuah kelab di sana.

surat

Perkhabaran dikongsikan di laman Facebook Dainnel Aqashah.

Difahamkan, pemilihan itu dibuat menerusi salah satu program pencarian bakat hasil kerjasama G.K Footbal Exchange dan Koln FC yang sentiasa mencari bakat-bakat muda yang berpotensi untuk dikembangkan.

Meluahkan rasa syukur atas berita tersebut, Dainnel Aqashah dan kedua ibu bapanya mengharapkan doa daripada orang ramai agar purusannya dipermudahkan dengan izin ALLAH.

"Kejayaan bukan satu tujuan, tetapa kejayaan adalah satu perjalanan,"ujarnya di laman Facebook.

Bertitik tolak daripada itu, Dainnel Aqashah diharapkan mampu meraih pengalaman berguna bersama kelab di luar negara dan sekali gus menjadi harapan serta taruhan penyokong Perak yang mahu melihat pemain itu menyarung jersi skuad Seladang satu hari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram