[VIDEO] Tuah 'tahi hidung' EPL 2014 dipercayai punca Everton terselamat ‘turun pangkat’


  • Podium
  • Rabu, 31 Mei 2023

Tangkap layar penyokong lelaki itu meletakkan tangannya ke atas kepala wanita itu.

SAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir dengan menyaksikan tiga pasukan terbawah iaitu Leicester City, Leeds United dan Southampton digugurkan daripada terus bersaing dalam saingan bola sepak tertinggi England itu.

Minggu akhir EPL itu berakhir dengan kekecewaan buat tiga kelab tersebut namun berbeza buat Everton yang kekal tersenyum selepas satu jaringan dari tunggal Abdoulaye Doucoure pada minit ke 57 menyelamatkan skuad Toffees daripada tersingkir ke divisyen dua.

Everton berhasil mengutip tiga mata berrharga ke atas Bournemouth dan berjaya memastikan skuad Toffees akan terus beraksi buat kali ke-69 berturut-turut dalam saingan EPL.

Kemenangan dramatik Everton itu terus menjadi bualan penyokong dan di antara mereka berpendapat bahawa kejadian semasa EPL musim 2014 yang menjadi punca skuad Toffees terselamat daripada beraksi di saingan divisyen dua.

Menerusi video yang kembali tular di laman Twitter menyaksikan seorang penyokong Everton mengorek hidung di kawasan tempat duduk penonton ketika saingan EPL musim 2014.

Ia bukanlah sekadar video seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an sedang mengorek hidung namun kemudian penyokong itu dilihat mengelap tanggannya di kepala seorang wanita.

Wargenet yang menonton video itu mengesyaki bahawa lelaki berkenaan meletakkan tahi atau kotoran hidungnya di kepala wanita itu.

Kejadian menjijikkan itu bagaimanapun dianggap seperti membawa ‘tuah’ kepada skaud Toffees kerana sehingga kini Everton masih kekal selamat daripada ke divisyen dua walaupun sering berada dalam kelompok terbawah liga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram