'Plot twist of the year', penyokong Hamburg ceroboh padang malu berjemaah seumur hidup sangka kelab naik liga


  • Podium
  • Isnin, 29 Mei 2023

Tangkap layar suasana penyokong menyerbu kawasan padang ketika aksi Hamburg menentang Sandhausen.

PENYOKONG Hamburg menyerbu padang lebih awal selepas menyangka pasukan mereka akan dinaikkan pangkat ke saingan utama Bundesliga.

Kejadian itu berlaku selepas pasukan mereka menewaskan Sandhausen 1-0 dan kemenangan itu membuatkan penyokongnya percaya bahawa ia sudah cukup untuk naik pangkat secara automatik.

Namun lain pula jadinya apabila kegembiraan tersebut musnah selepas satu lagi perlawanan getir menyaksikan pasukan Heidenheim menjaringkan dua gol lewat ketika menentang Regensburg, sekali gus mengubah kedudukan liga.

Mereka ketinggalan 3-2 pada penghujung minit 90 tetapi penalti minit ke-93 daripada Jan-Niklas Beste, diikuti oleh jaringan Tim Kleindienst, mencetuskan kegembiraan untuk Heidenheim.

Pada yang sama, suasana penyokong Hamburg pula bertukar menjadi kelam dan kekecewaan terpampar jelas kelihatan dalam peminat yang sudah berada di atas padang.

Hamburg yang telah menghabiskan empat musim dalam saingan divisyen dua. Bekas kelab Bundesliga sebelum ini tidak pernah diturunkan dalam sejarah mereka.

Kini, pasukan tersebut mesti bertanding play-off penyingkiran, setelah jatuh ke tempat ketiga dengan Darmstadt mengambil tempat automatik kedua.

Mereka akan menentang VfB Stuttgart dalam dua perlawanan, dengan pemenang mendapat tempat dalam slot teratas untuk beraksi di Bundesliga 2023/24.

Pusingan pertama play-off mereka akan dimainkan di Stuttgart pada 1 Jun dan perlawanan kedua di Volksparkstadion Hamburg ditetapkan pada 5 Jun nanti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram