Cheng Hoe puji 'fighting spirit' Gergasi Merah, bawa pendekatan berbeza jumpa skuad Jang di Piala FA


  • Podium
  • Khamis, 25 Mei 2023

Gergasi Merah selepas ini akan menentang Negeri Sembilan bagi saingan suku akhir Piala FA pada Sabtu ini. — Facebook/SelangorFC

PERJUANGAN Selangor FC bagi mendapatkan tiga mata di laman sendiri berhasil selepas melakar kemenangan 3-2 ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) pada aksi Liga Super yang berlangsunG di Stadium Majlis Bandara Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu.

Hasil jaringan daripada Ayron del Valle, Faisal Halim dan Noor Al-Rawabdeh menjadi wira Selangor FC apabila masing-masing mereka menyumbang satu gol.

Manakala, skuad Sang Kenari pula turut memberi saingan sengit apabila membolosi gawang yang dijaga penjaga gol Gergasi Merah, Khairulazhan Khalid sebanyak dua kali.

Kemenangan dua kali berturut-turut selepas menewaskan Perak FC 4-0 pada Sabtu lalu jelas memberi senyuman dan kelebihan kepada Selangor FC untuk kekal di tangga kedua Liga Super.

Mengulas mengenai perlawanan menentang pasukan berpangkalan di utara tanah air itu, pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe memuji semangat juang yang ditunjukkan anak-anak buahnya.

Dengan keputusan yang hampir menyaksikan Selangor hampir membawa satu mata itu membuatkan Cheng Hoe menyifatkan aksi menentang Kedah adalah antara yang sukar.

WhatsApp Image 2023-05-25 at 14.17.00

Antara aksi Kedah menentang Selangor FC. — Facebook/SelangorFC

“Perlawanan yang sangat baik, pasukan saya memberikan satu fighting spirit yang baik. Mereka bermain dalam pasukan, menunjukkan perjuangan habis-habisan untuk menang.

“Jika ada kesilapan pun sebab ada lack of focus, Kedah pun dilihat menguasai bola sehingga ada pemain yang gagal kawal.

Overall saya boleh cakap ini one of the best game yang kita beri kerana bukan mudah nak menang dengan Kedah mempunyai barisan serangan yang baik,” katanya kepada Majoriti ketika sidang media berlangsung.

Selepas ini, fokus Gergasi Merah akan tertumpu kepada aksi kalah mati menentang Negeri Sembilan bagi saingan suku akhir Piala FA pada Sabtu ini.

“FA Cup adalah perlawanan kalah mati. Jadi kita kena buat pendekatan taktikal berbeza dan perlu bersedia main di tempat lawan. Kita perlu bersedia keadaan pemain dari segi kecergasan mereka,” ujarnya.

Keputusan perlawanan itu menyaksikan Kedah menghuni kedudukan kelima dengan 22 mata, manakala Gergasi Merah kekal berada di tangga kedua Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram