KELANTAN FC masih gagal menghapuskan badi kekalahan apabila tewas besar 4-1 di tangan PDRM FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.
Marcus Macauley, Mohamad Nabil Ahmad Lapti, Uche Agba dan Bruno Suzuki menjadi watak antagonis dalam episod malang aksi di laman sendiri itu apabila masing-masing mencetakkan satu jaringan untuk skuad The Cops.
Pasukan tuan rumah hanya membawa pulang gol saguhati apabila tonggak import, Miguel Cifuentes mencetak satu jaringan pada masa kecederaan perlawanan.
Susulan perlawanan di Kota Bharu itu, nasib pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt menjadi tanda tanya selepas kerana ia adalah kekalahan kelimanya sejak dilantik pada awal April lalu.
Moon-sik menjadi pengendali pertama digugurkan pada musim ini.
Sebelum ini, pemilik skuad The Red Warrios (TRW), Norizam Tukiman mengatakan bahawa akan menyingkirkan bekas jurulatih UiTM FC tersebut sekiranya tewas dalam lima perlawanan.
Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Kelantan mengenai nasib Bernhardt, namun penyokong sudah mulai memetilk nama pengendali baharu buat pasukan Pantai Timur itu.
Seperti sudah muak dengan corak permainan pengendali luar negara, penyokong menyenaraikan tiga nama jurulatih tempatan yang mampu mengemudi dan mengubah nasib malang TRW.
Berikut tiga nama jurulatih tempatan yang menjadi idaman penyokong setia Kelantan FC:
1) B Sathianathan
Sathianathan kini lebih banyak muncul di kaca televisyen sebagai pengulas Liga M. — Facebook
Kali terakhir B Sathianathan mempamerkan kepakarannya dalam bidang kejurulatihan adalah ketika melatih Sarawak United sebelum beliau memutuskan untuk berehat kerana isu kesihatan.
Bagaimanapun, sejak pulih daripada penyakitnya baru-baru ini, pengendali berusia 64 tahun itu masih tidak mempunyai sebarang tawaran untuk mengendalikan pasukan Liga Super.
Justeru itu, dengan pengalaman Sathianthan seperti mengendalikan skuad B-23 negara selama dua tahun dan kelab gergasi seperti Selangor FC mampu menjanjikan kepakaran terbaik untuk Kelantan.
Malah, jurulatih kelahiran Perak itu juga pastinya tertarik untuk mengendalikan skuad TRW apabila dia pernah mengendalikan pasukan itu pada musim 2009-2010.
2) P Maniam
Ketua jurulatih The Phoenix ini dirasakan antara calon dalam pertimbangan penyokong TRW. — Facebook
P Maniam merupakan pengendali idaman penyokong TRW sejak pasukan berkenaan dinaikkan pangkat ke Liga Super namun impian itu tidak menjadi kenyataan kerana pihak pengurusan lebih memilih pengendali Korea Selatan, Choi Moon-sik.
Maniam semakin disebut-sebut antara pengendali terbaik musim lepas apabila dia menggunakan falsafah percayai lokal namun masih memberikan saingan sengit kepada kelab Liga Super lain.
Jika Maniam menjadi pengendali baharu pastinya beliau akan memberi banyak peluang kepada pemain tempatan untuk beraksi dan sekali gus membantu mereka mengumpul minit permainan.
Selain PJ City FC, jurulatih berpengalaman itu pernah bersama Selangor B-19, skuad Liga Super Selangor selama tujuh musim dari 2009 hingga 2015 dan Harimau Muda (2019 - 2020).
3) Nidzam Jamil
Nidzam kini berkhidmat sebagai pembantu Cheng Hoe bersama Gergasi Merah. — Facebook/Selangor
Pembantu jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil juga menjadi antara pengendali idaman penyokong kerana usianya yang muda namun mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab.
Selain pengalaman melatiih kelab Lembah Klang, pengendali berusia 43 tahun itu pernah mengendalikan Felda United pada musim 2018.
Bukan itu sahaja, memandangkan Tan Cheng Hoe kini mempunyai dua pembantu iaitu Ramon Marcote dan Nidzam, pastinya bekas pemain Gergasi Merah itu tidak mempunyai masalah untuk berhijrah ke pasukan lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,