SRI Pahang FC gagal mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini apabila tewas kepada Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 0-2 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Rabu.
Kekalahan Sri Pahang kepada JDT itu tidak berjaya menutup mulut segelintir penyokong yang mengatakan keputusan tanpa kalah itu hanya nasib buat skuad Tok Gajah selama ini.
Meskipun hadir dengan taktikal bertahan, anak-anak buah kendalian Fandi Ahmad gagal mengekang asakan pemain-pemain JDT.
Sebelum tamat separuh masa pertama, bekas penjaring terbanyak Liga Super 2022, Bergson da Silva berjaya membuka akaun jaringan menerusi tampanan bola yang dihantar oleh Fernando Forestieri pada masa tambahan.
Zarif Irfan dibolosi dengan dua gol yang dijaringkan oleh Bergson dan Forestieri. — Facebook/Sri Pahang
Bersambung babak kedua, anak-anak buah terus mengasak ke arah gawang gol pasukan pelawat namun gagal menambah jaringan.
Trio JDT, Bergson, Forestieri dan Arif Aiman Hanapi dilihat menyerang dari pelbagai sudut untuk menambah jaringan buat pasukan Harimau Selatan.
Sehinggalah pada minit ke-73, Forestieri berjaya menewaskan Zarif Irfan dengan rembatan jarak jauh yang menyaksikan dia mencatat jaringan ke-12 dalam Liga Super.
Keputusan kekal 0-2 sehingga wisel penamat apabila taktikal yang direncanakan oleh barisan kejurulatihan Sri Pahang mungkin dilihat berhasil kerana mereka tidak bolos dengan jaringan yang besar.
Bergson pemain pertama yang membuka akaun jaringan JDT. — Facebook/JDT
Walaupun tewas di tangan JDT, rata-rata penyokong Sri Pahang bangga dengan persembahan yang ditampilkan anak-anak buah Fandi Ahmad.
"Kalah itu dah pasti tapi dah baik itu 45 minit satu gol sahaja JDT nak cari.
"Walaupun kalah tak kena belasah macam pasukan lain dah kira okay," kata Nizam Kamal.
"Baik dah mereka semua main, lawan dengan JDT ini 'back four' itu pun dah habis baik dia buat," jelas Hafiz Akmal.
"Suka sangat parking bas, tolonglah lepas ini Kpah Sherman dekat itu buat gol," ujar CZ Daniel.
"Objektif tercapai, kalah tak apa, janji kita tak macam pasukan lain jadi lauk dekat Stadium Sultan Ibrahim," luah Izzat Ismael.
Kekalahan Sri Pahang FC ke atas JDT itu menyaksikan mereka kekal di tangga ketiga liga manakala JDT terus memperkukuhkan kedudukan dengan 36 mata dengan kelebihan 10 mata sementara Selangor FC yang berada di tempat kedua. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram