BEKAS pemain import Sri Pahang FC yang turut dikenali sebagai 'orang besi' dalam kalangan penyokong bola sepak di Malaysia, Dickson Nwakaeme pernah mengumumkan persaraan daripada sukan bola sepak ketika usia 35 tahun pada 2021.
Tidak keterlaluan jika kita katakan Nwakaeme adalah antara pemain import yang berjaya meninggalkan kesan terhadap peminat bola sepak tempatan.
Sejak bergelar pemain bola sepak, Nwakaeme telah mewakili tujuh pasukan yang berbeza sejak 2008 bermula dengan pasukan Halmstad BK di Sweden.
Nwakaeme menyertai kancah Liga Malaysia pada 2013 bersama pasukan Kelantan yang mana dia terus menjadi antara penyerang paling digemari di Kota Bharu.
Malangnya, Kelantan FC dan Nwakaeme gagal memeterai perjanjian lanjutan yang mana menyaksikan dia menyertai pasukan Sri Pahang FC.
Nwakaeme menjadi antara pemain penting dalam membantu skuad Tok Gajah mengecapi semula kegemilangan dalam arena bola sepak Malaysia.
Tangkap layar Instastory Nwakaeme.
Nwakaeme kembali menyarung jersi Tok Gajah di saingan Liga Malaysia pada 2019 selepas meninggalkan Angers SCO dalam saingan Ligue 1 (Perancis).
Namun baru-baru ini, Nwakaeme kembali menghangatkan saingan liga selepas memuat naik satu gambar di 'Instastory' dengan sebuah beg berserta kapsyen 'we move'.
Ia sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dan teka-teki buat penyokong Tok Gajah yang teruja akan kepulangan legenda mereka itu.
"Balik Sri Pahang jadi 'coaching staff' tak apa, kalau main balik takut tak perform macam dulu," kata Mohd Izarul.
"Dia datang Malaysia bawa pemain import baharu untuk Sri Pahang FC ini," ujar Kery Quyop.
"Mungkin dia balik Liga M sebab nak bantu Kelantan, teruk sangat dah tengok saudara kita itu," jelas Adnan Abdul.
Sejak meninggalkan Sri Pahang, Nwakaeme tidak menyertai mana-mana pasukan sehinggalah pengumuman untuk bersara dari kancah profesional pada 2021. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram