[VIDEO] Tak tahan keluarga diserang penyokong lawan, pemain West Ham bergocoh sama


  • Podium
  • Jumaat, 19 Mei 2023

Tangkap layar pergaduhan antara pemain West Ham dan penyokong Alkmaar.

PEMAIN kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham nekad bergaduh dengan penyokong lawan bagi mempertahankan keluarga mereka yang diganggu peminat AZ Alkmaar pada pertembungan Liga Konferensi Europa.

Skuad The Hammers yang baru sahaja menempah tempat ke final selepas menang 1-0 di Belanda dicemari dengan insiden ngeri selepas wisel penamat.

Tonggak kelab EPL itu yang sebelum itu meraikan kemenangan mereka lari menuju ke garisan tepi dan bertengkar dengan peminat AZ susulan didakwa menyerang keluarga pemain West Ham.

Polis segera ke tempat kejadian tetapi media Belanda, AD melaporkan bahawa ia mengambil masa sepuluh minit untuk mengembalikan keadaan seperti sedia kala.

Bercakap selepas perlawanan, pengurus West Ham, David Moyes berkata, keterlibatan pemainnya dalam kejadian tersebut kerana ia adalah kawasan keluarga.

Menurut BT Sport, Carlton Cole berkata, penyokong lawan sepatutnya tidak boleh melakukan tindakan luar jangka seperti itu.

“West Ham datang ke sini untuk melakukan tugas mereka dan tiada berlaku sebarang tindakan yang menjurus kepada provokasi.

“Keluarga pemain ada di sana. Kadang-kadang emosi menguasai anda,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram