SEMASA perlawanan separuh akhir ‘play-off' Liga Kedua Inggeris ataupun Championship pada Selasa, pemain pinjaman Manchester United, Amad Diallo kelihatan dipukul di belakang oleh penyokong Luton Town.
Luton Town menewaskan Sunderland 2-0 di Kenilworth Road untuk mengorak langkah lebih ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Gol Gabriel Osho dan Tom Lockyer membantu Luton mendapat kelebihan 2-1 dari perlawanan pertama di Stadium of Light, yang mana Amad menjaringkan gol ke-14 dan terakhirnya musim ini.
Pada perlawanan akhir Stadium Wembley Sabtu ini, skuad Hatters akan bertemu dengan Middlesbrough atau Coventry City untuk peluang kembali ke EPL buat kali pertama sejak 1992.
Malam kemenangan Luton menentang Sunderland bagaimanapun dicemari dengan insiden tular yang dikongsi di media sosial.
Amad dipukul di bahagian belakang oleh penyokong Luton ketika dia cuba merampas bola daripada orang ramai untuk membuat balingan ke padang.
Peminat berkenaan kemudian memarahi Amad dengan memberi isyarat kepada penyerang berusia 20 tahun itu, selain dia juga diejek sepanjang perlawanan.
Walaupun Sunderland tewas pada perlawanan berkenaan, Amad berkemungkinan akan kembali ke EPL untuk beraksi bersama Manchester United musim depan.
Musim ini, pemain antarabangsa Ivory Coast itu memukau penyokong Sunderland dengan 14 gol dan empat bantuan dalam 42 perlawanan.
Sejak tidak bermain secara kompetitif untuk United sejak Disember 2021, Amad dipinjamkan ke Rangers sebelum menyertai skuad Black Cats untuk musim ini.
Amad menjadi pemain pinjaman di Sunderland sejak musim 2022. — Agensi
Pengendali Man United, Erik ten Hag juga menyatakan bahawa Amad berada dalam rancangannya, selain yakin pemain muda itu akan memberikan dimensi baharu kepada barisan serangannya.
"Kami meminjamkan pemain sedemikian untuk membolehkan mereka berkembang dan membuat kemajuan.
“Kami mengikuti perkembangan pemain pinjaman dan kami berkomunikasi sepanjang musim, terutamanya (pengarah teknikal) Darren Fletcher.
“Dia melabur banyak dalam proses sedemikian, dan matlamatnya adalah untuk membawa mereka kembali sebagai pemain yang lebih baik dan mempunyai pengalaman,” katanya.
Amad yang aktif di media sosial turut mengesahkan dia kembali ke Old Trafford untuk musim depan.
Namun, beberapa peminat Sunderland berharap tempoh perkhidmatan Amad akan dilanjutkan untuk satu musim lagi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram