JDT, TFC, KDA FC perlu pantas sebelum kelab England dan Scotland sambar Kobe Chong


  • Podium
  • Khamis, 18 Mei 2023

Kobe Jae melakukan sebanyak 14 penampilan dengan kelab Nuneaton Borough. — Twitter/Kobe

PEMAIN kacukan negara, Kobe Jae Chong yang sebelum ini dikaitkan dengan Sri Pahang FC difahamkan sedang berstatus tanpa kelab selepas kontraknya dengan Nuneaton Borough tidak akan bersambung pada hujung bulan Jun ini.

Menerusi laman Twitter miliknya, pemain berusia 21 tahun itu memuat naik ucapan penghargaan kepada kelab itu selepas hanya sempat menabur bakit selama hampir lima bulan bersama Nuneaton Borough.

“Saya telah memutuskan untuk meninggalkan Nuneaton Borough, walaupun singkat tapi saya menikmatinya. Saa sentiasa doakan yang terbaik untuk masa depan Nuneaton Borough,” tulisnya.

Untuk rekod, Kobe Jae melakukan sebanyak 14 penampilan dengan kelab dari divisyen tujuh Inggeris itu.

Tidak peliklah jika selepas pengumuman dari pemain kelahiran Birmingham, England itu, dia terus dikaitkan dengan tiga pasukan Liga Super iaitu Kedah Darul Aman FC, Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).

Perkara itu bermula selepas penyokong daripada kelab-kelab berkenaan menggesa pasukan kesayangan mereka agar segera menyambar pemain tengah tersebut.

WhatsApp Image 2023-05-18 at 11.23.24

Ciapan dari Free Agent Showcase.

Namun begitu, impian untuk mendapat khidmat pemain kacukan Malaysia-Jamaica itu nampaknya semakin tipis apabila beberapa kelab dari England dan Scotland juga dipetik untuk segera mendapatkan kepakaran Kobe Jae.

Selepas butiran mengenai Kobe diciap oleh laman Twitter, Free Agent Showcase, penyokong kelab berpangkalan di England seperti Kettering Town F.C (divisyen keenam) Scunthorpe United F.C. (divisyen kelima) dan Ayr United F.C. dari divisyen dua Liga Scotland berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Oleh itu, jika pasukan Liga Super seperti KDA FC, JDT dan TFC perlu segera bertindak untuk memikat hati pemain muda berbakat itu.

Terdahulu, Kobe Jae dikaitkan dengan Sri Pahang setelah pemain itu pernah berjumpa dengan presiden Pahang Rangers, Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada Mei lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram