Kecewa terlepas genggaman trofi EPL, fans Arsenal keluar stadium sebelum tamat permainan


  • Podium
  • Isnin, 15 Mei 2023

Sekitar aksi perlawanan menarik yang ditampilkan oleh barisan pemain Brighton ketika menjadi pelawat di tempat lawan. — Agensi

PASUKAN di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dilihat semakin sukar dalam usaha untuk merangkul gelaran liga yang pertama sejak 2004 selepas tewas di tangan Brighton 0-3 di laman sendiri pada Ahad.

Skuad kendalian Mikel Arteta dikejutkan dengan tiga gol daripada Julio Enciso dan dua jaringan menerusi Deniz Undav dan Pervis Estupinan.

Kecewa dengan persembahan yang ditampilkan di tempat sendiri menyebabkan beribu-ribu penyokong Arsenal meninggalkan Emirates sebelum wisel penamat selepas sahaja anak buah kendalian Roberto De Zerbi meledak gol kemenangan.

Penyokong pasukan Arsenal dilihat meninggalkan Stadium Emirates beramai-ramai sebelum pengadil meniup wisel tamat permainan selepas Brighton meledak gol.

Hal ini kerana, sudah 19 tahun sejak kali terakhir Arsenal menjulang gelaran tersebut dan nampaknya akan berterusan untuk dekad seterusnya.

Walaupun mempunyai pemain muda yang berkualiti dalam memberikan kesan kepada barisan utama pemain Arsenal untuk lebih garang mencari gol kemenangan pada awal musim namun tidak dapat mengekalkan momentum tersebut di akhir musim.

Kekalahan The Gunners sekali gus memberi laluan kepada Manchester City yang hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk menjuarai EPL buat kali ketiga berturut-turut.

Selepas ini, Arsenal bakal menentang Nottingham Forest di Stadium City Ground pada 21 Mei. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram