
BEKAS Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad meninggal dunia pada Jumaat.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital UITM Puncak Alam dan perkara itu disahkan oleh anak perempuannya, Athirah Naim dalam satu hantaran di laman Facebook.
Munurut Athirah, jenazah Naim akan di bawa ke Masjid Kota Damansara dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara Seksyen 9 selepas solat Jumaat.
“Dengan berat hati saya memaklumkan kepada anda tentang kematian ayah saya Naim bin Mohamad pagi ini.
“Jenazah akan di bawa ke Masjid Kota Damansara dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara Seksyen 9.
“Jenazah masih di Hospital UITM Puncak Alam,” katanya di laman Facebook.
Allahyarham Naim memegang jawatan berkenaan selama 10 tahun dan mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan yang disandang dalam PKBM pada Ogos 2016 atas faktor kesihatan yang tidak membenarkannya aktif dalam badan induk sukan berbasikal itu.
Pemergian Allahyarham Naim merupakan satu kehilangan besar buat sukan berbasikal negara terutama Allahyarham antara watak utama Datuk Mohd Azizulhasni Awang mencipta sejarah sebagai pemenang pingat gangsa pertama negara dalam acara berbasikal di pentas Olimpik 2016. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram