93 Sports buka cerita di sebalik kontroversi jersi TRW


  • Podium
  • Rabu, 10 Mei 2023

Isu jersi Kelantan FC adalah perkara yang tidak sepatutnya dihebohkan jika tidak tahu hal sebenar.

ISU jersi tak siap yang membelenggu penyokong Kelantan FC sejak tempahan dibuka awal tahun ini nampaknya masih berpanjangan.

Namun begitu, mengikut penjelasan daripada Pengurus 93 Sports, Mustaffa Kamal Harun mengenai perkara yang menjadi bualan hangat di media sosial adalah perkara yang tidak sepatutnya dihebohkan.

Hal ini kerana, perkara itu merupakan satu isu yang boleh dibawa bincang kerana pelanggan diberikan jaminan ganti rugi jika terdapat kesilapan terhadap kualiti baju tersebut.

"Untuk isu logo sudah pasti ada warranty dan baju boleh ditukar. Sebenarnya gambar yang viral itu adalah baju batch bulan Mac, tentunya kalau baju batch bulan Mac, pelanggan itu telah memakai baju tersebut.

"Memang ada isu tertanggal logo dan kita boleh gantikan logo itu, tiada masalah tapi kena maklumkan kepada pihak kami dan bukannya menyiarkan perkara itu di media sosial," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-05-10 at 16.12.30

Pesanan yang diberikan oleh Kamal mengenai isu jersi tersebut.

Selain itu, Mustaffa atau lebih mesra dengan sapaan Kamal mengatakan bahawa, pihak mereka boleh menggantikan baju tersebut tetapi perlu melihat kepada keadaan baju itu berikutan terdapat salah seorang bekas pekerja mereka menyalahgunakan kuasa sebagai seorang pekerja.

"Pihak kami boleh ganti tapi kena tengok baju itu juga sebab ada bekas pekerja kami mengeluarkan fail kami dan print jersi tersebut sama seperti baju yang dikeluarkan.

"Sekarang pihak kami telah melaporkan perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengambil tindakan dan nasihat saya jangan sesuka hati beli baju atau jersi fake dan tunjuk dekat media sosial," kongsinya.

Di samping itu, Pengurus 93 Sports itu juga memberikan nasihat mengenai penjagaan jersi tersebut dengan betul dan tentunya mempunyai jaminan dari segi akan menggantikan jersi tersebut dengan ynag baharu. Dia juga berpendapat berkaitan ketahanan jersi tersebut yang dipakai oleh pemain Kelantan FC.

"Biasanya baju premium tak boleh basuh sekali dengan seluar jeans. Kalau nak cerita pasal ketahanan baju, player kita ada dua set baju sahaja dan tiada masalah walaupun pakai banyak kali tetap tahan jadi tiada isu dekat baju itu.

"Sekiranya ada masalah, kita boleh tolong gantikan, datang sahaja dekat kedai kami," kongsinya.

Di samping itu, Kamal turut menjelaskan bahawa mereka boleh menggantikan logo yang tertanggal itu walaupun jersi tersebut didapati palsu dan bukannya dikeluarkan oleh kedai mereka.

"Tetapi bagi mereka yang telah membeli baju fake dan tertanggal logo, kami tetap boleh bantu tapi dikenakan caj RM20, tapi kalau memang baju itu kita punya, confirm kita akan tukar secara free.

"Kemungkinan besar baju itu fake dan apa yang saya boleh katakan dalam hantaran di email sebelum ini adalah ingin membantu sesiapa yang ada masalah kami boleh tolong.

Menurut Kamal, pekerja mereka tidak menerima sebarang aduan yang melibatkan ramai pelanggan datang ke kedai berikutan masalah tersebut dan tentunya individu yang menyebarkan isu logo itu membeli jersi yang palsu.

"Mengikut staff saya, hanya satu dua orang sahaja yang datang kedai untuk repair daripada beribu-ribu helai baju yang dah keluar," katanya.

Sebagai rekod, 93 Sports ialah syarikat in-house production yang menyediakan khidmat menjahit pakaian, membuat rekaan grafik dan menerima tempahan khas menjahit jersi The Red Warriors (TRW).

Oleh itu, sebarang pertanyaan daripada individu yang mempunyai persoalan mengenai perkara tersebut, boleh berhubung secara terus dengan Pengurus 93 Sports di nombor miliknya iaitu 013-2688631. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram