PRESTASI tidak menentu yang ditampilkan oleh pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjadi bualan hangat yang dibincangkan dalam kalangan penyokong Hijau Kuning itu.
Walaupun pasukan KDA FC berada pada kedudukan teratas dalam carta Liga Super, namun masih belum cukup untuk memuaskan hati penyokong Hijau Kuning itu.
Dalam satu hantaran di laman sosial rasmi Facebook milik Kedah Darul Aman FC, kelihatan kelibat pemain yang memakai jersi nombor 5 sebagai senjata rahsia skuad itu.
Robertson dikatakan mampu membantu benteng pertahanan Sang Kenari. — Kedah Darul Aman FC
Pemain pertahanan skuad KDA FC, Alan Robertson dikatakan mampu membantu benteng pertahanan pasukan Hijau Kuning itu agar tidak mudah dibolosi oleh pihak lawan.
Kelebihan pemain pertahanan kelahiran Afrika Selatan itu pernah meledak satu gol dalam Liga Bola Sepak Filipina musim lalu selain menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan United City FC selama 90 minit permainan.
Rata-rata penyokong menginginkan pembaharuan daripada skuad itu untuk lebih garang dalam mengumpul mata untuk kekal berada atas carta liga.
"No 5 sudah duduk dalam kesebelasan utama kah, dibawa dari Liga Simpanan macam menarik ini, tapi as defender tak salah dia ini,hope ada pembaharuan di bahagian striker juga," kata penyokong Hijau Kuning Nuar Pablo.
"Kedah kena ambil import hebat liga utama dan simpanan, boleh tukar tukar buat macam Selangor,JDT,Terengganu,Penang dan PDRM dan lain buat kalau import teruk," kata Mohd Fitri.
Skuad KDA FC kini berada pada tangga kelima Liga Super 2023 dengan 19 mata dalam 10 perlawanan yang berlangsung dan akan menerima kunjungan daripada pasukan Pantai Timur iaitu Kelantan FC pada 19 Mei di Stadium Sultan Darul Aman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram