Sumareh dinasihat ikut jejak Liridon, 3 kelab wajib berebut khidmat 'Keli Boy' sebelum 'expired'


  • Podium
  • Rabu, 10 Mei 2023

Sumareh hanya mendapat membuat 19 penampilan daripada kesemua perlawanan diharungi JDT. — Facebook/JOHORSouthernTigers

SEJAK menyertai Johor Darul Takzim (JDT) pada 2021, Mohamadou Sumareh masih terus bergelut untuk kembali mendapatkan prestasi terbaik yang pernah ditonjolkan ketika bersama Pahang.

Selepas tiga musim, pemain naturalisasi itu dilihat masih gagal untuk menembusi kesebelasan utama skuad Harimau Selatan.

Dalam tempoh tersebut, pemain kelahiran Gambia itu juga hanya mendapat membuat 19 penampilan sepanjang tiga tahun dia bersama JDT.

Ini berbeza dengan rekod aksinya ketika berada dalam prestasi terbaik di Pahang sebagai pemain sayap kanan apabila berjaya membuat penampilan dalam 51 penampilan sepanjang tiga musim bersama skuad Tok Gajah

Penurunan ketara minit permainan diperolehinya itu juga menyebabkan dirinya ketika ini disisihkan daripada menerima panggilan skuad kebangsaan.

A tussle for the ball between Malaysia's Mohamadou Sumareh (left center) and Indonesia's Rudolof Yanto (right center) during the FIFA World Cup Qatar 2022 and AFC Asian Cup China 2023 Second Round Group G match in National Bukit Jalil Stadium. AFIQUE YUSOFF/The Star

Sumareh ketika beraksi bersama skuad negara.

Dengan situasi tersebut, ada peminat berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk Sumareh, 28 menuruti jejak langkah rakannya, Liridon Krasniqi yang berpindah ke kelab lain secara pinjaman pada musim ini dengan menyertai Terengganu FC.

Menurut mereka, langkah meminjamkan Sumareh itu dapat membantu membolehkan pemain sayap kanan itu mendapatkan peluang untuk beraksi.

"Rasanya pihak pengurusan JDT dah boleh pinjamkan Sumareh ni demi karier dia. Kesian lama-lama peram," kata Hairul HR.

"Kita naturalisasikan dia untuk skuad kebangsaan. Bagilah Sumareh perform balik macam dulu. Lagipun JDT memamg dah tak pakai dia rasanya. Nak ambil tempat Arif Aiman agak susah," ujar Ahmad Albab.

"Dia main dengan kelab tempatan pun ok, ada juga sumbangan di peringkat domestik," tulis

Leron Jannata.

Berikut Majoriti senaraikan tiga kelab Liga Super yang berpotensi mendapatkan khidmat Sumareh sekiranya JDT membenarkan dia dipinjamkan keluar.

1. Sri Pahang FC

KUANTAN, 3 Ogos -- Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh (kiri) cuba mengawal bola sambil diasak oleh pemain Pulau Pinang, Yoges A Muniandy pada aksi perlawanan bolasepak Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam ini.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sumareh menjadi tonggak utama barisan serangan Pahang selama tiga musim. — Bernama

Sebagai pemain yang pernah beraksi selama tiga musim bersama Sri Pahang FC, perpindahan semula bersama skuad Tok Gajah tentunya adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan.

Gelaran 'Keli Boy' yang diberikan kepadanya juga memberikan gambaran betapa dekatnya Sumareh dengan identiti negeri di Pantai Timur itu.

Sepanjang beraksi di Pahang, merupakan tonggak utama serangan skuad Tok Gajah dengan rekod 14 jaringan dan 15 bantuan gol.

Barisan kejurulatihan dan pengurusan Sri Pahang FC seharusnya menjadikan Sumareh sebagai sasaran utama bagi mengukuhkan jentera pasukan tersebut.

2. Kelantan FC

342818152_1622580211521357_3399193162361513362_n

Kelantan FC kini menduduki tangga ke 13 dalam carta liga. —Facebook/TRWKelantanFC

Sementara itu, khabar angin mengenai berita perpindahan beberapa pemain JDT ke Kelantan FC secara pinjaman semakin kuat bertiup sejak akhir-akhir ini.

Kemungkinan diperkuatkan lagi selepas pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman atau Zamsaham membuat pertemuan bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.

Norizam sebelum itu pernah memberi bayangan bahawa Kelantan FC bakal menerima kehadiran beberapa pemain daripada skuad Harimau Selatan bagi membantu mengatasi kemerosotan prestasi yang dihadapi ketika ini.

Dalam perbincangan mengenai perpindahan tersebut, antara nama yang turut timbul ialah Sumareh, memandangkan pengalaman dan rekod baik dimilikinya di dalam Liga Super sebelum menyertai JDT.

Kehadiran nama besar seperti Sumareh tentunya memberikan suntikan positif terhadap barisan serangan TRW untuk membantu pasukan mencapai sasaran berada di kedudukan 10 teratas liga.

Pada ketika ini, Kelantan FC yang berada di kedua tercorot daripada 14 pasukan hanya berjaya merekodkan 12 jaringan selepas 10 perlawanan, menjadikannya sebagai pasukan keenam paling sedikit mencatatkan gol.

3. Terengganu FC

340949636_1215948509282144_3687751158777353288_n

Ketumpulan barisan serangan TFC dilihat menjadi antara punca utama pasukan tersebut bergelut dengan pasukan di kelompok teratas liga. — Facebook/TerengganuFC

Skuad Sang Penyu ketika ini dilihat terus bergelut untuk memposisikan dirinya bagi bersaing bersama pasukan di kelompok teratas liga.

Antara faktor utama kepada situasi tersebut adalah ketumpulan barisan serangannya untuk bukan sahaja mencipta jaringan tetapi juga menterjemahkan peluang yang dimilikinya ketika perlawanan.

Beberapa pemain import yang ditandangani seperti Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn dilihat masih gagal untuk memberikan sumbangan seperti yang diharapkan.

Disebabkan itu, kedatangan Sumareh dijangka mampu memberikan dimensi dan tonik baharu bagi memperbaiki ketajaman barisan serangan skuad Sang Penyu.

Apatah lagi, TFC yang juga Naib Juara Liga Super musim lalu kini didapati masih tidak mempunyai seorang pemain sayap kanan tulen yang mampu memberikan pengaruh di posisi berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram