Defend mudah bocor, 3 senior JDT jadi sasaran 'on loan' ke Kelantan


  • Podium
  • Isnin, 01 Mei 2023

Pelbagai penambahbaikan perlu dibuat skuad TRW jika mahu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan lebih baik musim ini. — Facebook/TRW Kelantan FC

KEAMPUHAN benteng pertahanan skuad The Red Warriors (TRW) menjadi punca mereka terus dilanda masalah di atas padang dengan hanya empat mata berjaya dikumpul selepas 10 perlawanan.

Mereka yang sudah dibolosi sebanyak 34 kali setakat ini perlu mencari penyelesaian terbaik sekiranya mahu menamatkan saingan Liga Super dalam kelompok 10 pasukan teratas.

Bagaimanapun, hal itu sepertinya sukar untuk direalisasikan memandangkan mereka terus dilanda masalah kejurulatihan yang sepertinya tiada henti.

Kehadiran bekas pengendali skuad kebangsaan Bawah 23 tahun (B-23), Frank Bernhardt sepertinya tidak mengubah situasi semasa kelab itu selepas Kelantan FC mencatatkan lima kekalahan berturut-turut dalam liga.

Oleh itu, solusi terbaik yang boleh dilihat ketika ini adalah dengan melakukan rombakan secara besar-besaran ketika jendela perpindahan kedua dibuka Julai nanti.

Perkara tersebut sebelum ini pernah diberi perhatian pemilik kelab, Norizam Tukiman yang sepertinya sudah melakukan rancangan lebih awal.

Ia berikutan satu pertemuan baru-baru ini bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik Johor Darul Takzim (JDT).

WhatsApp Image 2023-05-01 at 15.10.46

Ramadhan (kiri) dan Sumareh dikatakan bakal menyertai Kelantan FC. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Susulan daripada perjumpaan tersebut, khabar angin kuat bertiup dengan mengatakan pasukan Pantai Timur itu berminat untuk membawa masuk Ramadhan Saifullah serta Mohamadou Sumareh.

Hal itu sepertinya relevan memandangkan skuad TRW masih perlu menambah baik jentera serangan mereka manakala kedua-dua pemain terbabit sukar mendapatkan minit perminan.

Namun, baru-baru ini, Norizam sekali lagi menarik perhatian penyokong Kelantan FC menerusi satu hantaran ringkas di Facebook peribadinya.

"Kalaulah TMJ perkenan, pemain mana yang penyokong Kelantan nak loan dari JDT?," soalnya.

Ia sepertinya mengesahkan ura-ura yang mengatakan terdapat perbincangan berlaku antara kedua-dua pihak, sekali gus membuka peluang buat Kelantan FC menamatkan saingan Liga Super di kedudukan lebih baik.

Meskipun khabar angin sebelum ini mengatakan Ramadhan dan Sumareh yang akan dibawa ke Pantai Timur, peminat tegar TRW sepertinya mempunyai harapan lain.

WhatsApp Image 2023-05-01 at 15.13.24

Aidil disebut sebagai solusi terhadap masalah pertahanan skuad TRW musim ini. Facebook/TRW Kelantan FC

Ini kerana mereka berpendapat benteng pertahanan pasukan sepatutnya jadi topik perbincangan utama lalu mendesak agar pihak pengurusan mencari penyelesaian terbaik.

Melihat kepada ruangan komen kepada hantaran berkenaan, tiga nama, iaitu Aidil Zafuan Abdul Razak, Adam Nor Azlin serta bekas kapten skuad Harimau Selatan, S Kunalan.

"Sebagai penyokong JDT sendiri, yang sesuai untuk bina semula Kelantan FC adalah sekiranya mereka dapatkan Aidil dan bek kanan, Kunalan," kata Ola Bola.

"Pertahanan tengah, iaitu Adam Nor Azlin atau Aidil. Pemain tengah mungkin boleh dapatkan Daniel Amier serta Ramadhan dan Sumareh sebagai pemain serangan," kata Nego Lako.

"Beberapa cadangan saya, terutamanya di posisi pertahanan adalah bek kanan, Kunalan dan juga Adam Nor Azlin. Kalau boleh dapat Aidil OK juga," kata Che Man.

Kelantan FC ketika ini berada di tangga kedua tercorot selepas hanya merekodkan satu kemenangan serta satu keputusan seri setakat 10 aksi Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram