Senarai 10 pemain patut JDT 'offload' sebagai pinjaman


  • Podium
  • Rabu, 03 Mei 2023

Pemain JDT mempunyai kualiti yang lebih baik daripada pemain import sesetengah pasukan. — Facebook/Johor Southern Tigers

LIGA Malaysia (Liga M) yang berehat seketika bagi memberi peluang kepada perjalanan Sukan SEA 2023 mungkin menjadi medan setiap kelab meneliti semula prestasi pemain masing-masing.

Seperti amalan biasa, jika ada pemain yang perlu ditukar, ia memerlukan satu rombakan dibuat ketika jendela perpindahan kedua dibuka Julai nanti.

Kelantan FC antara kelab yang terawal bakal berbuat demikian apabila pemiliknya, Norizam Tukiman sudah mengumumkan bakal menerima khidmat pemain daripada Johor Darul Takzim (JDT).

Tatkala pengumuman tersebut dibuat, kelab-kelab Liga M lain seolah-olah tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan pemain daripada pasukan elit itu.

344395772_1295093751364083_2597510372703809217_n

Dari kiri: Safiq, Syafiq dan Aidil antara pemain JDT boleh dipinjamkan ke kelab lain. — Facebook/ Johor Southern Tigers

Ini kerana umum mengetahui kesemua pemain Harimau Selatan merupakan pemain berkualiti tinggi kerana sudah lazim dengan sistem latihan sedia ada yang diterapkan di pasukan itu.

Justeru, siapa yang tidak mahu dengan pemain JDT kerana latihan berintensiti tinggi menjadikan mereka bersedia beraksi pada bila-bila masa.

Oleh yang demikian, selain boleh meminjamkan Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad, sekurang-kurangnya ada 10 pemain yang boleh dipinjamkan JDT ke pasukan lain.

1. Hazwan Bakri

Selain Syafiq, Hazwan juga memiliki bisa tersendiri sebagai seorang pemain yang bermain di posisi penyerang.

Ketika ini, pemain senior JDT itu ditugaskan mengemudi pasukan JDT II, namun dengan pengalaman yang ada, dia dirasakan lebih sesuai beraksi di Liga Super.

Khidmatnya tentu boleh menjadi penawar kepada kelab-kelab yang memiliki masalah ketumpulan penyudah.

2. Adam Nor Azlin

Seperti Hazwan, Adam juga beraksi dengan skuad kedua Harimau Selatan dengan membantu di bahagian pertahanan.

Namun dengan reputasi sebagai antara pertahanan muda terbaik dalam negara, Adam diharapkan dapat bermain di Liga Super.

Jika peluang itu tipis di JDT, Adam wajar dipinjamkan untuk mengutip minit permainan berkualiti bersama kelab lain.

344061519_134090882980284_210223560514503210_n

Musim ini, Shahrul banyak memanaskan bangku simpanan. — Facebook/ Johor Southern Tigers

3. Shahrul Saad

Ramai yang berasakan bagi musim ini Shahrul wajar dipinjam ke kelab lain kerana jarang diturunkan berbanding musim lepas.

Malah jika dilihat, Shahrul hanya mengumpul kira-kira 88 minit permainan setakat ini daripada 10 perlawanan yang dilalui oleh JDT.

Oleh itu, tentu banyak kelab sanggup menyambut tanker kental itu jika JDT mahu meminjamkannya ke kelab lain.

4. Ramadhan Saifullah

Pemain muda ini amat diinginkan untuk beraksi dengan lebih banyak di pentas Liga Super kerana dia memiliki kualiti dalam permainannya.

Sayang jika dengan umur yang masih muda, bakatnya dibiarkan di bangku simpanan sedangkan ada kelab lain yang boleh memanfaatkan kualiti tersebut untuk pasukan mereka.

344340742_204739305674433_6714642219931770468_n

Sebagai senior, Aidil memiliki sifat kepimpinan atas padang. — Facebook/ Johor Southern Tigers

5. Aidil Zafuan

Pengalaman yang dimiliki Aidil sememangnya tidak boleh dipandang rendah apabila dia telah bermain di tahap tertinggi sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa lebih dari 10 tahun.

Dengan pengalaman tersebut, Aidil pasti memberi boleh memberi nilai tambah kepada pasukan yang disertainya bukan sahaja dari segi permainan malah dari sudut kepimpinan atas padang.

Tambahan lagi, dengan lambakan pemain pertahanan berkualiti yang ada di JDT, otai ini sepatutnya boleh dipinjamkan bagi membantu pasukan lain.

344573964_563538289222425_7457660977044349130_n

Kunanlan juga merupakan pemain yang amat berpengalaman dalam Liga M. — Facebook/ Johor Southern Tigers

6. S Kunanlan

Seperti Aidil, Kunanlan juga merupakan pemain yang amat berpengalaman dalam Liga M dan dia boleh membantu bahagian tengah pasukan dengan bertindak sebagai arkitek.

Mungkin walaupun amat jarang beraksi tetapi tidak mustahil dia menjadi rebutan kerana mampu memberi impak positif kepada pasukan secara keseluruhan.

344002636_1667168023702232_837046851513508465_n

Sumareh pernah menjadi buah mulut penyokong tempatan kerana ketajaman di depan pintu gol. — Facebook/ Johor Southern Tigers

7. Mohamadou Sumareh

Pemain naturalisasi kelahiran Gambia ini wajar dipinjamkan ke kelab Liga M supaya prestasinya dapat dipulihkan semula.

Sebagai seorang pemain sayap, Sumareh pernah menjadi buah mulut penyokong tempatan kerana kelajuan, kelincahan dan ketajaman di depan pintu gol.

Jika Sumareh dibawa masuk secara pinjaman ke mana-mana kelab, kemahiran dan ketangkasannya pasti masih boleh digilap semula.

8. Safiq Rahim

Tidak salah jika pemain otai ini dipinjamkan ke kelab lain lantaran di JDT, Safiq seperti rakan-rakan sepasukan lain kurang memperoleh minit permainan.

Siapa sangka, nama Safiq mungkin akan dijulang gah seperti rakan sezaman, Amri Yahyah yang terus menyinar di Sabah FC kerana kerap membantu pasukan itu mencipta kemenangan.

344370498_744314224042338_1300624367238038708_n

Nazmi mampu merencanakan gerakan bijak dari kawasan tengah. — Facebook/ Johor Southern Tigers

9. Nazmi Faiz Mansor

Arkitek tengah yang disambar dari Selangor pada 2019 ini semakin sunyi daripada bibir penyokong lantaran peranannya banyak dipikul oleh Afiq Fazail ketika ini.

Namun itu tidak bermakna Nazmi tidak setajam dahulu kerana pemain ini sangat mahir melakukan jaringan di samping merencanakan gerakan pasukan itu dari kawasan tengah.

Dengan keluar menjadi pemain pinjaman bersama pasukan lain, ia dirasakan mampu menghidupkan kembali nama Nazmi Faiz seperti dahulu.

344430216_1262913830993651_8350553274287444004_n

Daniel Amier dirasakan boleh membina kerjaya sebagai pemain berjaya di luar JDT. — Facebook/ Johor Southern Tigers

10. Daniel Amier Norhisham

Pemain muda ini juga merupakan bintang malap JDT yang sepatutnya memiliki masa depan lebih baik jika banyak beraksi di Liga Super.

Dengan kemahiran membuat hantaran jauh dan pendek yang cukup tepat serta ketenangan dalam larian, Daniel Amier boleh menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan.

Dia hanya perlu keluar untuk mendapatkan kesebelasan utama di kelab lain sekali gus membina semula kerjaya dalam kancah bola sepak tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram