
WALAUPUN pada awalnya atlet pecut muda kebangsaan, Umar Osman dihantar ke Sukan SEA Kemboja untuk pendedahan, tetapi pemain berusia 20 tahun itu berjaya membuat kejutan memenangi acara pecut 400 meter (m) lelaki.
Umar meraih emas dengan mencatat masa 46.34s di Stadium Morodok Techo di Stadium Nasional, Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja pada Selasa.
Lebih menarik apabila Umar juga memecahkan rekod kebangsaan yang dicatat Mohd Zaiful Zainal Abidin dengan 46.41s pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia edisi 2001.
Pelari tanah air yang terakhir memenangi perlumbaan 400m ialah pada Sukan SEA Vientiane 2009, apabila Zafril Zuslaini meraih emas dengan catatan masa 47.11s.
Membuat penampilan kali pertama dalam temasya dwitahunan berprestij Asia Tenggara itu, Umar berkata, dia datang ke Phnom Penh dengan harapan untuk meningkatkan prestasi peribadinya (47.28).
Umar menjadi harapan baharu Malaysia bagi acara pecut 400 meter (m) lelaki. — The Star
Tahukah anda di sebalik detik manis dan bersejarah atlet muda itu, berikut enam trivia menarik mengenai Umar:
- Umar berhenti Tingkatan Enam selepas dua tahun susulan gred yang kurang memuaskan dan memutuskan untuk menyertai olahraga sepenuh masa.
- Atlet dari Kluang Johor itu berkongsi bahawa pingat emas Shereen Samson Vallabouy dalam acara 400m wanita memberi motivasi kepadanya.
- Umar juga mengambil bahagian dalam acara 4x400m lari berganti-ganti dengan Abdul Wafiy Roslan, Mohd Firdaus Mohd Zemy dan S. Tharshan.
- Umar juga mendapat kejayaan pertamanya dengan memenangi emas di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur tahun lepas dalam olahraga 400m lelaki.
- Pernah gagal menembusi skuad Johor bagi kejohanan pada 2015 sekolah kebangsaan mengalami dan mendapat strok haba pada 2016 menjelang acara peringkat negeri.
- Berimpian untuk menjadi pemain bola seperti bapanya Osman Mohd Ali yang bermain untuk pasukan Johor tetapi tidak berjaya mencapai cita-cita tersebut.
Diharapkan dalam acara 4x400m lari berganti-ganti, Umar sekali lagi akan melakar kejutan dengan menambah pingat emas bersama rakan sepasukannya, sekali gus menggembirakan rakyat Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram