Khabar tinggalkan kelab Thailand tersebar, giliran fans Sang Garuda tagih khidmat anak jati Dungun


  • Podium
  • Rabu, 10 Mei 2023

Pasukan Persib dikhabarkan bakal menerima pemain import dari Malaysia untuk membantu skuad tersebut.

PEMAIN sayap Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid menjadi bualan hangat di laman sosial Twitter penyokong Indonesia yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab utama negara itu.

Hal itu kerana, khabar angin yang diterima oleh peminat bola sepak tanah air mahupun luar negara mengenai pemain skuad kebangsaan itu bakal meninggalkan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.

Pada penghujung musim lalu, Safawi menyertai kelab Ratchaburi FC secara pinjaman daripada JDT selama semusim bagi mengisi kuota pemain import Asean pasukan itu.

safawi

Aksi kurang cemerlang ditampilkan oleh Safawi sepanjang bersama kelab Ratchaburi FC.

Namun desas-desus mengatakan pemain kelahiran Terengganu itu dikhabarkan akan meninggalkan kelab tersebut lebih awal berikutan terdapat beberapa faktor seperti rekod jaringan belum memuaskan dan tidak sesuai dengan Liga Thailand sepanjang berada di kelab tersebut.

Namun begitu, tiada lagi sebarang pengesahan daripada pemain berusia 26 tahun jika memilih untuk meninggalkan Liga Thailand dan ia bukanlah perkara yang mengejutkan.

Siapa sangka, nama Safawi mula disebut-sebut oleh penyokong bola sepak di Indonesia.

Menerusi tinjauan di laman sosial Twitter GaraGaraBola, mengatakan kemungkinan Safawi bakal berpindah ke Indonesia untuk musim baharu bola sepak di negara itu melihat kepada potensi yang diperlukan oleh salah satu kelab negara tersebut.

Rata-rata penyokong Indonesia memberikan sambutan yang baik jika pemain berbakat seperti Safawi membantu kelab-kelab utama negara itu untuk beraksi.

Persatuan Bola Sepak Indonesia Bandung atau lebih dikenali sebagai Persib Bandung merupakan kelab yang berpangkalan di Bandung, Jawa Barat.

Persib Bandung adalah kelab yang kerap disebut dalam ruangan komen berikutan ingin menggantikan Safawi dengan pemain Febri Haryadi yang dianggap mengecewakan.

"Persib dengan menggantikan Febri Haryadi yang biasa-biasa saja," kata @efekminumkopi.

"Gandingan dengan Lord Arthur paling sesuai, penjaga gol Liga 1 pasti senang dibolosi," kata @maspiqi.

"Persib kerana mereka memerlukan pemain sayap yang kreatif, mungki sesuai digandingkan bersama Luis Milla," kata @wobowobow.

Penyokong Indonesia menerima baik kedatangan Safawi jika perkara itu menjadi kenyataan sebagai pemain import yang berasal dari Asia Tenggara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram