KEKALAHAN demi kekalahan semakin menghantui pasukan Kelantan FC apabila sering ditundukkan dalam aksi perlawanan saingan Liga Super 2023 dan berada pada kedudukan yang ke-13 dalam carta.
Corak permainan yang ditampilkan oleh pasukan The Red Warriors (TRW) semakin merundum walaupun mempunyai barisan pemain yang dikatakan mampu menyaingi pasukan lain.
Namun begitu, skuad TRW bakal menemukan jalan penyelesaian apabila terdapat desas-desus mengenai perpindahan masuk dua bekas tonggak utama ke pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu.
Kelincahan Ringo bakal membantu melonjak kedudukan TRW dalam carta liga.
Dalam misi membuat perubahan baru sejajar dengan sasaran pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham untuk berada dalam 'Top 10'.
Pihak pengurusan difahamkan membawa masuk Natanael Siringoringo untuk membantu jentera serangan dan pemain import pertahanan dari Brazil, Felipe Hereda.
Natanael Siringoringo atau lebih dikenali sebagai Ringo bakal kembali ke pangkuan TRW dan dijangka dapat membantu melonjak posisi pasukan itu berada pada kedudukan lima teratas Liga Super.
Kelincahan pemain asal Indonesia itu dilihat layak kerana pernah mencatat kejayaan membantu Kelantan FC menewaskan kuching City FC 1-0 dalam aksi Liga Perdana pada 2021.
Bukan itu sahaja, pemain berketinggian 1.68 meter itu mencetak dua gol dan satu hantaran bantuan sepanjang 25 penampilan bersama Dewa United iaitu pasukannya di Indonesia.
Khidmat Hereda diperlukan dalam membantu benteng pertahanan TRW.
Selain pemain kelahiran Indonesia itu, pertahanan tengah, Felipe Hereda yang juga pernah berkhidmat dalam pasukan Kelantan FC pada musim lepas.
Statistik pemain asal Brazil itu tidak menunjukkan hasil yang baik iaitu hanya bermain tiga kali dalam saingan Piala Malaysia bersama Kelantan FC dan tidak menyumbangkan sebarang jaringan atau hantaran bantuan ketika bersama The Red Warrior.
Namun begitu, khabar angin mengatakan bahawa skuad TRW sekali lagi ingin menerima khidmat pemain import dari Brazil itu kerana memerlukan sosok pemain tengah yang mampu membantu bahagian pertahanan dan Felipe merupakan pemain yang tepat untuk mengisi kekosongan itu.
Perkara itu dapat dilihat dalam laman sosial Twitter milik Berita Bola Kelantan yang mana menjelang pintu perpindahan kedua pada bulan Julai, Kelantan dijangka bakal mendapatkan hampir 11 pemain baharu termasuk empat import pinjaman daripada kelab gergasi negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,