Shereen tamatkan penantian 24 tahun negara untuk pingat emas larian 400m Sukan SEA


  • Podium
  • Selasa, 09 Mei 2023

Kemampuan Shereen sememangnya sudah diharapkan untuk membantu menyumbang sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam Sukan SEA 2023.

ATLET lari pecut negara, Shereen Samson Vallabuoy menghadiahkan satu lagi pingat emas buat kontinjen negara dalam acara 400 meter (m) pada Selasa.

Kemenangan itu menyaksikan penantian negara untuk memenangi pingat emas dalam acara itu tamat selepas kali terakhir memenanginya pada 1999.

Penantian selama 24 tahun itu berakhir selepeas Shereen hanya mengambil masa 53.53 saat untuk menamatkan saingan di kedudukan pertama dalam perlumbaan yang berlangsung di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja itu.

Sementara itu, dua pelari Vietnam, Nguyen Thi Hang (53.27s) dan Nguyen Thi Huyen (53.27s), masing-masing muncul sebagai pemenang pingat perak dan gangsa.

Ia merupakan musim yang cemerlang buat Shereen, di mana dia memecahkan rekod 52.56s milik Rabiah Salam dalam Kejohanan Universiti di Amerika Syarikat bulan lalu dengan melakukan 51.80s. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram