Hanya beraksi di kelab amatur, Kedah boleh pulihkan kembali karier bekas import


  • Podium
  • Jumaat, 05 Mei 2023

Sanrawat sempat membantu skuad Helang Merah mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2022 Zon Asean. — Instagram/Sanrawat

KEDAH Darul Aman (KDA) FC yang kini berada di bawah pemilikan baharu iaitu ditadbir oleh usahawan tempatan, Tan Sri Mohd Daud Bakar kelihatan semakin memberi nafas baharu kepada pasukan Sang Kenari.

Sejak mengambil alih, pelbagai perubahan dilakukan oleh Mohd Daud dan antara yang ketara ialah apabila beliau mengambil keputusan untuk merombak pasukan secara besar-besaran dengan menyingkirkan beberapa pemain dan jurulatiih.

Antara pemain yang digugurkan pada musim lalu ialah pemain kebangsaan Thailand, Sanrawat Dechmitr meskipun dia konsisten memberikan persembahan terbaik sejak dimasukkan pada jendela perpindahan kedua 2022.

Malah, sejak menjadi watak penting bersama pasukan Hijau Kuning, Sanrawat kembali dipanggil dalam skuad kebangsaan Thailand untuk Piala AFF selepas kali terakhir dia beraksi di pentas antarabangsa bersama negaranya pada tahun 2019 dalam saingan Piala Asia.

WhatsApp Image 2023-05-05 at 09.10.29

Sanrawat kini ejen bebas selepas bersama KDA FC musim lalu. Instagram/Sanrawat

Jeneral tengah itu berhasil membantu negaranya memenangi Piala AFF selepas mengatasi juara dua kali Vietnam 3-2 menerusi agregat apabila seri 2-2 di Hanoi dan menang 1-0 pada aksi timbal balik di laman sendiri.

Namun selepas merangkul kejayaan manis itu, pemain berusia 33 tahun itu difahamkan hanya beraksi di kelab amatur Thailand selepas kontraknya bersama Bangkok United tamat pada awal Januari ini.

Beraksi di liga amatur bagi seorang bintang bola sepak yang pernah tersenarai sebagai salah seorang pemain kesebelasan terbaik dalam saingan Piala AFF 2018 itu adalah sangat merugikan.

WhatsApp Image 2023-05-05 at 09.10.18

Sanrawat beraski bersama Kedah sebagai pemain pinjaman dari Bangkok United. Instagram/Sanrawat

Hal ini kerana, dengan kualiti yang ada pada bekas pemain Ratchaburi Mitr Phol itu, Sanrawat kelihatan lebih layak beraksi di saingan liga yang lebih kompetitif.

Oleh itu, ada yang berpendapat Kedah merupakan pasukan yang boleh memburu khidmat Sanrawat dan pasukan Sang Kenari juga dipercayai mampu mengembalikan kariernya.

Bekas pemain Ratchaburi itu dikenali sebagai seorang yang mempunyai hantaran bola yang baik dan ia pastinya boleh membantu memberikan lebih impak dalam bahagian tengah pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram