Kepulangan Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali kembali tabur bakti untuk Kedah sentiasa dinanti-nanti


  • Podium
  • Khamis, 04 Mei 2023

Walaupun ketiadaan tonggak utama, skuad KDA FC perlu membuktikan mampu bersaing dengan pasukan lain.

PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merupakan pencabar utama dalam bola sepak suatu ketika dahulu, namun berikutan perpindahan pemain menyebabkan skuad itu agak lemah dalam menampilkan aksi persembahan yang cemerlang.

Dua bekas pemain KDA FC yang kini berada di skuad Sabah FC sudah pasti meninggalkan kesan mendalam terhadap penyokong setia Sang Kenari.

Tentunya peminat bola sepak tempatan mengetahui bahawa Baddrol Bakhtiar merupakan bekas pemain Kedah yang beraksi untuk pasukan Sang Kenari dalam tempoh yang sangat lama sebelum berhijrah ke Sabah.

WhatsApp Image 2023-05-04 at 17.41.10

Datuk Paktam mengharapkan agar bekas pemain Hijau Kuning dapat pasukan Kedah dalam bidang kejurulatihan.

Selain itu, Rizal Ghazali yang juga bekas pemain KDA FC beraksi untuk membantu menguatkan benteng pertahanan dan jentera serangan Sang Badak.

Selepas ketiadaan tonggak utama bekas pemain itu dalam skuad Sang Kenari, sudah tentu corak permainan yang ditampilkan oleh barisan pemain sedia ada adalah berbeza.

Hal ini kerana, dua pemain tersebut merupakan tonggak utama pasukan KDA FC dari segi mempertajamkan serangan dan mempertahankan kubu pertahanan Sang Kenari.

Menerusi satu postingan dalam hantaran di Facebook milik Datuk Aminuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Datuk Paktam mengatakan Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali mempunyai jasa untuk pasukan itu ketika masih di bawah pengurusannya satu ketika dulu.

Selain itu, Exco Belia & Sukan Kerajaan Negeri Kedah juga mengharapkan agar kedua pemain itu kembali untuk pasukan KDA FC kerana kedatangan mereka masih dinantikan oleh penyokong.

Namun begitu, dalam hantaran itu juga, beliau mengharapkan agar bekas pemain Hijau Kuning itu akan menabur bakti untuk pasukan Kedah dalam bidang kejurulatihan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram