SKUAD bola sepak Bawah 22 tahun (B-22) mencatat kemenangan bergaya dalam aksi perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan B Sukan SEA Kemboja 2023 menewaskan Laos 5-1 di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja pada Rabu.
Dalam aksi perlawanan itu menyaksikan Malaysia membuka tirai jaringan apabila mencetak gol pada minit keempat melalui Ubaidullah Shamsul Faziili.
Namun aksi tidak diduga terjadi dalam perlawanan tersebut apabila anak jati Kelantan itu memberikan gol percuma kepada Laos berikutan kesilapan yang berlaku di gawang sendiri.
Aksi perlawanan Malaysia ketika menentang Laos.
Anak-anak buah E.Elavarasan kekal bersemangat untuk membawa pulang tiga mata berharga dengan memberikan asakan bertubi-tubi pada aksi perlawanan itu dengan menghadiahkan tiga gol kepada Malaysia dan satu gol percuma daripada pemain pasukan Laos.
Namun begitu, salah seorang penyokong skuad B-22 memberikan pendapat mengenai benteng pertahanan Malaysia yang agak lemah pada perlawanan masa pertama.
"Malaysia kena perkemaskan lagi barisan pertahanan, separuh masa pertama game tidak berapa nak jadi, mungkin faktor padang.
"Bila masuk game kedua, Malaysia main tersusun dan agak kemas, pertukaran pemain nampak perubahan, harap masa bertemu Thailand dan Vietnam nanti, Malaysia bermain dengan intensiti yang tinggi dan tersusun," kata Apak Ayim Derr.
"Barisan serangan second half nampak lebih kreatif berbanding first half. Kekalkan Najmudin, Fergus dan Syahir lawan Thailand," kata Muhammad Manaff Zachery.
Tentunya pasukan Thailand merupakan skuad digeruni di Asia Tenggara kerana mempunyai corak permainan yang kemas dan agresif dalam serangan.
Oleh itu, benteng pertahanan pasukan Malaysia diperlukan untuk mematahkan serangan pasukan lawan terutamanya Thailand agar tidak mudah dibolosi.
Pengendali B-22 perlu mempertajamkan jentera serangan agar mampu meledak gol dalam aksi menentang pasukan Thailand pada 6 Mei. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,