PRESTASI Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus membanggakan apabila berjaya menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan keputusan 2-1 pada perlawanan saingan Liga Super 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan.
Kutipan 19 mata selepas 10 perlawanan setakat ini meletakkan skuad Sang Kenari di kedudukan kelima liga sambil mengekori rapat Sabah FC di satu tangga lebih atas.
Namun begitu, dalam aksi menarik ketika perlawanan menentang NSFC, tonggak tengah Sang Kenari, Amirbek Juraboev menjadi bualan hangat apabila rembatan jauh yang dihasilkannya terus tidak menjadi.
Pemain tengah KDA FC, Amirbek Juraboev.
Pemain yang pernah menabur bakti bersama pasukan Filipina, United City FC itu diakui mempunyai kelebihan dan tahap kecergasan yang baik sebagai pemain tengah.
Walaupun sering diturunkan, namun pemain berketinggian 180 meter itu belum pernah mencetak sebarang gol dalam saingan liga super musim ini.
Kelebihannya sebagai pemain tengah turut mendapat pujian daripada penyokong Hijau Kuning itu dengan asakan serta hadangan kerasnya berjaya mengasak pihak lawan.
Beberapa penyokong memberikan pendapat mereka mengenai tonggak tengah itu yang mana usahanya untuk membuat rembatan jauh pasti akan membuahkan hasil.
"Dah banyak game Amirbek cuba buat gol melalui rembatan jauh, dalam game baru-baru ini lawan NSFC pun, dua dan tiga kali dia buat. Insyallah, dia akan berjaya," kata penyokong menerusi laman Facebook Kedahan green yellow.
"Please kekalkan player ini, yang bagus kita kekalkan, yang tidak OK itu cari yang baru," kata Muhd Fik.
Skuad KDA FC bakal menerima kunjungan pelawat iaitu Kelantan FC di Stadium Darul Aman, Kedah pada 19 Mei.
Tentunya, perlawanan kali ini akan memberi peluang kepada KDA FC untuk membawa tiga mata penuh di laman sendiri ekoran prestasi Kelantan FC agak membimbangkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,