Bakal jadi realiti, Falcao isi slot terakhir import JDT di jendela perpindahan kedua


  • Podium
  • Jumaat, 28 Apr 2023

Falcao menyarung jersi United pada musim 2015.  — Agensi

KEHADIRAN bekas pemain Manchester United, Radamel Falcao di bumi Harimau Selatan semakin hampir menjadi realiti.

Bintang bola sepak dari Colombia itu berkemungkinan akan menuju ke Johor Darul Takzim (JDT) pada jendela perpindahan kedua selepas ejennya Morris Pagniello mendedahkan di Instagram tentang kemungkinan perkara tersebut.

‘Dia akan bekerja dengan pasukan yang terbaik beserta hashtag #Transfers2023’ dan sebagai balasan kepada hantaran tersebut, pemilik kelab,Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi respons’ Jumpa lagi, El Tigre,’

Bukan itu sahaja, Tunku Ismail juga mengesahkannya dengan ciapan di laman Twitter ‘Jumpa lagi, JDT 31’.

falcao

Tangkap layar ciapan TMJ pada Khamis. — Twitter

Ia boleh menjadi petunjuk sama ada Falcao memakai jersi nombor 31 atau menyertai kelab dengan beberapa peranan seperti dilantik sebagai duta.

Terdahulu pada Mac, media terkemuka Sepanyol Marca, mengumumkan berita itu dengan mengatakan bahawa Harimau Selatan telah menunjukkan minat untuk menandatangani penyerang berusia 37 tahun itu daripada kelab Rayo Vallecano.

Kontrak pemain dengan gelaran “El Tigre” (The Tiger) itu tamat pada Jun, oleh itu tidak mengejutkan JDT untuk menyambar Falcao untuk meningkatkan kempen Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC.

Selain itu, kelab itu mempunyai satu lagi slot untuk mengisi senaraip pemain import mereka.

Pasukan dalam Liga Super dibenarkan mempunyai sembilan pemain asing, dengan hanya lima digunakan sebagai kesebelasan utama dan seorang di bangku simpanan ketika hari permainan.

Pemain asing semasa dalam pasukan itu ialah bek tengah Indonesia Jordi Amat, bek tengah Australia Shane Lowry; pemain sayap Sepanyol-Filipina Oscar Arribas; pemain tengah Sepanyol Juan Muniz; Argentina – pemain tengah Leandro Velasquez serta penyerang Fernando Forestieri, Diogo Santo dan Bergson Da Silva.

Jika Falcao menyertai JDT, ia akan menjadi kelab ke-10 dalam kariernya selepas mencipta nama dengan beberapa pasukan terkenal dunia, termasuk River Plate, Porto, Atletico Madrid, Monaco, Chelsea dan Galatasaray.

Dia telah memenangi dua gelaran Liga Europa bersama Porto (2010-2011) dan Atletico Madrid (2011-2012), selain membantu Atletico memenangi Piala Super UEFA pada 2012. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram