Keputusan 'pelik' freekick pengadil beri Sabah 3 mata di halaman sendiri


  • Podium
  • Khamis, 27 Apr 2023

Faisal Halim antara pemain yang menyumbang gol sagu hati buat pasukan Selangor. — Facebook/Selangor FC

DUA keputusan kontroversi yang dibuat pengadil dalam perlawanan Sabah FC menentang Selangor FC nyata mengundang rasa ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Gergasi Merah.

Dalam perlawanan tersebut Sabah meleburkan rekod kemenangan empat kali berturut-turut Selangor apabila menewaskan Gergasi Merah dengan jaringan 2-1 di dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, Sabah pada Khamis.

Pengadil perlawanan menjadi topik hangat penyokong Selangor apabila beberapa keputusan kontroversi yang dilakukannya menimbulkan beberapa persoalan peminat tanah air.

Pada minit ke-64 pengadil perlawanan memberikan keputusan yang meragukan buat pasukan Sabah sehinggakan pengulas perlawanan juga pelik dengan keputusan yang dibuat oleh pengadil.

343522282_273309975028497_4660278441265330307_n

Antara aksi perlawanan di antara Sabah dan Selangor. Facebook/Selangor FC

Keputusan yang dibuat oleh pengadil itu selepas berlakunya perebutan bola di antara Daniel Ting (Sabah) dan Zikri Khalili (Selangor) yang mana tiada berlaku sebarang kekasaran.

Namun pengadil perlawanan tetap memberikan sepakan percuma kepada anak-anak buah kendalian Datuk Ong Kim Swee sehingga Baddrol Bakhtiar dapat menambah jaringan Sabah FC.

Keputusan perlawanan kekal 2-1 sehingga tamat masa permainan.

343509539_696960119102223_1046921902828781663_n

Saddil (kanan) banyak membantu serangan Sabah FC. Facebook/Selangor FC

Rata-rata penyokong Selangor turut mengecam keputusan yang dibuat oleh pengadil sehingga menggelarkannya 'referee kayu'.

"Semua main teruk, tambah pula pengadil kayu, dia yang langgar pemain, Sabah pula dapat freekick," kata Nashrick Nasir.

"Ref intern? Selangor kena tackle Selangor pulak yang foul?" soal Muhd Izzat.

"Liga Malaysia ini kalau pakai VAR pun tak guna kalau ref kayu," ujar Yanuar Rahman.

Selepas ini Liga Super akan direhatkan bagi memberikan laluan kepada skuad Harimau Muda untuk beraksi dalam kejohanan Sukan SEA 2023.

Dengan kemenangan Sabah pada Khamis menyaksikan skuad Sang Badak melonjak ke tangga ketiga Liga Super, manakala Selangor masih kekal berada di belakang Johor Darul Takzim dengan 22 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram