TULAR di media sosial memaparkan dua pemain Penang FC, Azmeer Aris dan Amer Azahar terlibat dalam kemalangan jalan raya yang difahamkan berlaku di Balik Pulau, Penang.
Perkara itu dikongsikan orang ramai menerusi aplikasi WhatsApp dengan kedua-dua pemain berkenaan difahamkan tidak mengalami kecederaan serius.
Bagaimanapun, menerusi sebuah video pendek yang juga dikongsikan, kelihatan sebuah kereta tidak dikenal pasti terbakar dengan sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi terbabas ke tepi jalan.
Sebuah lori yang dilaporkan terbakar sebelum melanggar kenderaan lain. — Media sosial
Namun, kehadiran pihak bomba serta beberapa buah ambulans memaparkan tiada kecederaan serius dialami Amer dan Azmeer serta pengguna jalan raya yang lain.
Berdasarkan info yang diterima setakat ini, kemalangan berlaku berikutan sebuah lori yang tiba-tiba terbakar sehingga menyebabkan kerosakan pada sistem brek.
Ia menjadikan lori tersebut mengundur secara automatik sebelum melanggar beberapa buah kenderaan, termasuk yang dipandu antara salah seorang pemain Penang FC itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram