SEPANJANG hampir dua musim bersama Petaling Jaya (PJ) City FC, pertahanan sayap muda, V Ruventhiran dikatakan sering berbincang mengenai Sukan SEA bersama pemain senior, terutamanya Mahali Jasuli dan K Gurusamy.
Kedua-dua mereka sebelum ini pernah membawa pulang pingat emas sebanyak dalam kejohanan itu, iaitu pada 2009 dan 2011, yang mana sememangnya merupakan panduan terbaik buat Ruventhiran.
Namun, hasrat pemain berusia 21 tahun itu untuk mencipta namanya dalam Sukan SEA sepertinya bakal menjadi kenyataan dengan namanya tersenarai bersama 25 yang lain dipanggil untuk ke kem latihan.
"Ketika saya masih bersama PJ City FC, Gurusamy dan Mahali banyak mengajar saya pelbagai perkara, termasuk berkongsi momen ketika mereka meraih pingat emas Sukan SEA.
"Mendengar kisah itu, saya sememangnya tertarik selain berharap diberikan peluang untuk berada dalam saat sebegitu. Jika terpilih, Sukan SEA Kemboja 2023 bakal menjadi yang pertama dan yang terakhir buat saya," katanya.
Ruventhiran ketika menyarung jersi skuad kebangsaan. — Facebook/TeamMalaysia
Jelas Ruventhiran, usianya akan melebihi had yang ditetapkan dengan ia mampu menjadi motivasi serta pemangkin buatnya beraksi dengan lebih cemerlang sepanjang kejohanan.
"Saya percaya dengan tunjuk ajar ketua jurulatih, E Elavarasan dan rakan sepasukan yang sememangnya meletakkan peringkat akhir sebagai sasaran masing-masing.
"Kami berada dalam pasukan yang mencabar, tetapi kami perlu meletakkan kepercayaan untuk pergi dengan lebih jauh selain patuh terhadap susunan daripada pihak kejurulatihan," katanya.
Ruventhiran sebelum ini diberikan peluang bersama skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara yang muncul juara dalam Piala Merlion yang diadakan pada Mac di Singapura.
Dia juga pernah diturunkan bersama pasukan senior dengan sebanyak sembilan kali dicatatkan, termasuk dalam saingan Piala AFF 2022.
Tambah bek kiri Selangor FC itu, sasaran pertamanya sejak mencipta debut profesional bersama PJ City FC adalah untuk beraksi bersama pasukan simpanan di bawah umur.
Skuad kendalian E Elavarasan berada dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Thailand, Singapura dan Laos yang boleh dianggap sebagai kumpulan maut melihat kepada kualiti pihak lawan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram