Minggu ketiga, keempat Jun dipilih hari perlawanan Harimau Malaya di SSMZA


  • Podium
  • Rabu, 26 Apr 2023

Pada Mac lalu, Harimau Malaya mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim. — Facebook/FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu mengesahkan tarikh aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 bagi skuad Harimau Malaya, Jun ini.

FAM menerusi hantaran di media sosial memaklumkan aksi menentang pasukan di ranking ke-134 dunia, Kepulauan Solomon akan diadakan pada 14 Jun (Rabu), diikuti aksi menentang Yaman (ke-157) pada 20 Jun (Selasa).

Kedua-dua perlawanan pasukan Malaysia, yang menduduki ranking ke-138 dunia akan berlangsung pada pukul 9 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu bagi memberikan peluang kepada peminat di Pantai Timur menyaksikan aksi pasukan kebangsaan.

WhatsApp Image 2023-04-26 at 18.20.49

Jadual perlawanan skaud kebangsaan pada Jun ini. — Facebook/FAM

FAM sebelum ini mengumumkan harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa.

Skuad kendalian Kim Pan Gon yang mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada bulan lepas, mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue keramat skuad Harimau Malaya, tidak dapat digunakan berikutan kerja-kerja penggantian rumput pada masa ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram