'Welcome home', fans jiran usik Syafiq Ahmad pulang beraya


  • Podium
  • Selasa, 25 Apr 2023

Syafik Ahmad dan keluarganya memilih warna hijau pada tahun ini untuk dijadikan tema bagi potret Hari Raya mereka. — Instagram/syafiq

DI musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, setiap orang pasti akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman bagi meraihkan bersama keluarga tersayang.

Seperti orang kebanyakan, pemain bola sepak tempatan juga tidak terkecuali akan merebut peluang itu untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan menunaikan ibadah puasa.

Ketika perayaan Aidilfitri juga, penyokong akan melihat pemain kegemaran mereka menyarung baju Melayu serba lengkap dengan songkok serta samping, perkara itu amat jarang untuk dilihat untuk seorang pemain bola sepak.

Antara yang mencuri perhatian ialah penyerang Johor Darul Takzim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad yang berkongsi gambarnya bersama keluarga tersayang sempena perayaan tersebut.

syafiq

Musim ini, Syafiq Ahmad hanya tampil dalam dua perlawanan bersama JDT. — Facebook/JDT

Menerusi hantaran terbaharunya di laman Instagram, Syafik Ahmad dan keluarganya memilih warna hijau pada tahun ini untuk dijadikan tema bagi potret Hari Raya mereka.

Namun lain pula jadinya apabila gambar penyerang kebangsaan itu menjadi bahan usikan para penyokong terutamanya peminat Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Rata-rata penyokong Sang Kenari mengusik pemain berusia 27 tahun dengan ayat welcome home susulan dia sebelum ini pernah menabur bakti untuk paskan KDA FC pada musim 2015-2017 dan secara pinjaman dari JDT ketika musim 2022.

Kedah seperti rumah kedua anak kelahiran Pulan Pinang itu kerana isterinya yang berasal daripada Pendang, Kedah dan karier Syafiq Ahmad juga bermuda di negeri Jelapang Padi tersebut.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Selamat kembali penyerang hebat,” komen penyokong Hijau Kuning, syxhmsmofficial.

“Selamat Hari Raya Syafiq sekeluarga. Hari itu berbuka sebelah-sebelah sahaja dekat Sungai Petani,” kata seorang lagi penyokong, along_izat.

syafik daud

Daud Bakar memuat naik gambar beliau bersama bekas penyerang Sang Kenari. — Facebook

Pada awal 2023, Syafiq Ahmad dikaitkan gemula dengan skuad Sang Kenari susulan gambarnya bersama pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar tersebar di media sosial.

Namun mengulas tentang spekulasi kemungkinan Syafiq Ahmad kembali berbakti di Kedah berdasarkan gambar yang tersebar, pemain itu menegaskan bahawa dia hanya pulang ke kampung halaman untuk bercuti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram