TMJ tidak akan diam, masih pelawa forum bersama pemilik kelab lain demi bola sepak domestik


  • Podium
  • Isnin, 24 Apr 2023

TMJ ketika wawancara bersama Astro Arena menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri. — Stadium Astro

PEMILIK Johor Darul Tazim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa ucapannya memohon maaf zahir dan batin buat mana-mana peminat bola sepak tempatan adalah wawancara lama.

Pada Ahad, sebuah media tempatan, Astro Arena membuat laporan bahawa Tunku Ismail membuat kenyataan permohonan maaf kepada peminat bola sepak seandainya beliau ada menyinggung perasaan mereka dan mengharapkan agar kesemua penyokong dapat terus memberikan sokongan kepada sukan tersebut.

Walaupun begitu, pemilik skuad Harimau Selatan itu tetap menegaskan bahawa beliau tetap tidak akan berhenti untuk menyuarakan fakta mengenai landskap bola sepak domestik.

Hold on..Interview ini dah lama. Masa saya di tanya ada tak apa-apa pesanan buat penyokong bola sepak tempatan sempena Hari Raya? Saya jawab Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua penyokong dan juga kepada mana-mana pihak yang tersinggung.

“Tetapi... ia bukan bermakna saya kesal atau akan berhenti bersuara berdasarkan fakta dalam hal ehwal atau senario bola sepak tempatan. Jikalau ada pihak tak boleh terima itu terpulang kepada pendapat masing-masing. Saya akan terus bersuara dan berkongsi pandangan tentang tentang industri bola sepak negara,” katanya dalam hantaran di Instastory miliknya.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar wawancara berkenaan dilakukan dan diterbitkan oleh pihak media tersebut.

WhatsApp Image 2023-04-24 at 09.15.05

Tangkap layar hantaran Instastory TMJ.

Dalam pada itu, Tunku Ismail juga sekali lagi mengajak agar rancangan untuk mengadakan satu forum terbuka melibatkan semua pemilik kelab Liga Malaysia untuk kemajuan bola sepak.

Forum berkenaan diadakan untuk menjadi akses kepada para penyokong bertanya apa-apa soalan mengenai perkembangan kelab mereka dan pemilik sendiri dapat bersemuka bersama pemain ke-12 pasukan masing-masing.

“Saya juga berharap agar forum bola sepak bersama pemilik kelab dan CEO dapat diteruskan demi hak penyokong-penyokong bola sepak tanah air. Kita harus beri keutamaan dan kebebasan kepada penyokong untuk tanya apa sahaja soalan.

“Jangan kira sembunyi di belakang surat. Bersemuka dengan penyokong adalah cara terbaik. Berani kerana benar. Jangan layan orang gila dan jangan sanjung orang ‘penakut’. Yang terakhir Walau apa pun dilontarkan bertahun-tahun. #What can you do,” tulisnya.

Cadangan forum itu dikemukan ketika beliau menjawab soalan daripada peminat mengenai ciapan pendedahan gaji Arif Aiman yang dilaporkan lebih rendah daripada pemain tempatan lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram