Bijak rantai import Terengganu, Pahang, kini ubi muda Gergasi Merah senjata di Sukan SEA Kemboja


  • Podium
  • Sabtu, 22 Apr 2023

Harith Haikal kini sedang membuat persiapan untuk Sukan SEA di Kemboja bersama pasukan B-23. — Instagram/Harith

SEBELUM saingan Liga Super bermula, Harith Haiqal Adam Afkar merupakan bek tengah paling kurang diturunkan di Selangor FC.

Pemain berusia 20 tahun itu hanya dijangka menjadi pelapis manakala pemain seperti Yazan Al-Arab, Richmond Ankrah, Ahmad Khuzaimi Piee, dan Sharul Nazeem Zulphakar menjadi tonggak bagi mendapat giliran dalam kesebelasan utama.

Namun kini, semuanya berubah apabila Harith Haikal mendapat kepercayaan untuk beraksi bagi menggantikan Sharul Nazeem yang cedera dalam dua perlawanan terakhir.

Tonggak Bawah 23 tahun (B-23) negara itu tidak mengecewakan apabila dia mempamerkan aksi cemerlang dalam kedua-dua perlawanan untuk Selangor.

Pada Selasa, Harith Haikal menjaringkan gol dalam kemenangan 5-1 menentang Terengganu bagi sainga Liga Super dan ramai penyokong kagum dengan hantaran tajam dan gerakan bijaknya.

Persembahan memukaunya terbukti apabila dia ‘merantai’ pergerakan pemain import Terengganu seperti Adisak Kraisorn dan Jordan Mintah.

Dalam kemenangan 4-0 ke atas Pahang dalam pusingan 16 Piala FA, pemain dari Klang itu menunjukkan ketenangan dan dapat menafikan ancaman Kpah Sherman dengan kemampuannya yang mengagumkan.

WhatsApp Image 2023-04-22 at 18.25.09

Harith Haikal ketika meraihkan golnya bersama Selangor FC. — Instagram/Harith

Harith Haikal mahu membuktikan bahawa dia layak mendapat tempat tetap bersama Red Giants yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe.

"Saya baru sahaja memulakan dua perlawanan, tetapi saya harap persembahan saya telah menunjukkan kepada jurulatih Tan bahawa saya mempunyai apa yang diperlukan untuk bermain secara kerap untuk kelab.

“Saya perlu berterima kasih kepada senior seperti Brendan Gan, Faisal Halim dan Mukhairi Ajmal Mahadi, yang banyak memberi saya motivasi.

“Kini dengan beberapa minit dalam genggaman, saya berharap untuk terus berkembang dan menjadi aset kepada kelab. Akan ada tekanan tetapi saya mesti menanganinya,” tambahnya.

Prestasi Harith Haikal juga merupakan petanda baik untuk pasukan Bawah 23 tahun yang kini sedang membuat persiapan untuk Sukan SEA di Kemboja pada bulan depan kerana dia kerap berada dalam senarai pemain utama.

“InsyaALLAH, saya akan lakukan yang terbaik dalam Sukan SEA. Matlamat saya adalah untuk pergi sejauh mungkin.

‘‘Tahun lalu, kami mara ke separuh akhir. Kami berharap dapat melakukan lebih baik daripada itu di Kemboja,” ujarnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram