KELAB Johor Darul Takzim (JDT) menambah keceriaan di hari pertama Syawal dengan berkongsikan video ucapan raya daripada sebahagian pemainnya, pada Sabtu.
Rakaman yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers itu antara lain menampilkan dua bintang tempatannya, iaitu Syihan Hazmi yang menyertai JDT musim ini serta Feroz Baharudin, pemain muda yang semakin meningkat naik di Harimau Selatan.
Selain itu, pemain kacukan Australia-Malaysia, Matthew Davies dan bintang import sensasi JDT, Bergson da Silva, Juan Munizserta Oscar Arribas, turut tampil menyerikan video tersebut.
Video rakaman raya itu mencuri tumpuan kerana menghidangkan sedikit 'twist' pada hujung ucapan apabila mereka diberikan satu 'challenge' oleh kru produksi.
Syihan bersama keluarganya meraikan Aidilfiri pada tahun lepas. — Instagram @bieysuyien
Menerusi cabaran itu, mereka perlu menghubungi orang yang tersayang bersempana sambutan Hari Raya Aidilfitri dan antara lain bertanya khabar mereka, tanya adakah mereka dalam keadaan sihat atau tidak, mohon maaf atas segala kekurangan dan akhir sekali ucapkan 'saya sayang awak'.
Dalam video itu, penjaga gawang utama JDT, Syihan menghubungi isteri tercinta, Siti Nabila Syakirin yang dipanggil dengan gelaran 'Mummy'.
"Hello, Assalamualaikum Mummy, Mummy okey?," tanya Syihan yang segak bersongkok dan berbaju Melayu teluk belanga berwarna peach.
Isterinya yang menjawab panggilan telefon menjawab, "Okey, kenapa?,"
Syihan menyambung perbualan dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
"Daddy minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada salah silap," ujarnya lagi.
Isterinya yang dikenali Instagram dengan nama ‘Biey Suyien’ ketawa kecil sambil membalas, "Ni kenapa ni?,"
Syihan membalas - "Daddy sayang mummy sangat-sangat, love you!"
Gambar raya Feroz bersama keluarga tercinta pada sambutan Syawal tahun lalu. — Instagram @ferozbaharudin
Sementara itu, Feroz yang tampil berbaju Melayu teluk belanga berona kelabu cair, membuat panggilan kepada ibunya.
"Apa khabar...mak sihat? Sempena hari raya ni, Feroz nak minta maaf kalau ada salah silap selama ini," kata anak kelahiran Kota Tinggi, Johor itu.
"Belum raya pun lagi...nanti la pagi raya barulah minta maaf," balas ibu Feroz sambil disambut gelak ketawa pemain pertahanan berusia 23 tahun itu.
Kata Feroz lagi, "Feroz sayang mak tau," dengan dibalas secara usikan oleh ibunya - "Yeke?"
Dalam pada itu, Bergson dan pemain lain turut mencuri perhatian kerana tampil berbaju Melayu dengan lengkap bersongkok dan mengenakan samping.
Mereka juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada inidividu tersayang yang dihubungi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram