Ejen Moon-sik sindir Boszam belajar 'rules' FIFA


  • Podium
  • Khamis, 13 Apr 2023

Myeongho Jeong sudah melantik barisan peguam bagi mengendalikan kes saman terhadap Kelantan FC. — Instagram

PERBALAHAN kem jurulatih Korea Selatan, Choi Moon-sik dan Kelantan FC terus berpanjangan apabila kedua-dua pihak saling memulangkan paku buah keras kepada satu sama lain.

Terbaharu, ejen Moon-sik, Myeongho Jeong memuat naik hantaran Instagram Story berbaur sindiran kepada pemilik kelab The Red Warriors, Norizam Tukiman.

Menerusi entri itu, Myeongho Jeong yang menggunakan akaun @leo_jeong10 meminta Norizam yang juga lebih dikenali sebagai Zamsaham untuk mempelajari undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"I hope you study FIFA rules (Saya harap anda pergi belajar (mendalami) undang-undang FIFA," tulisnya.

WhatsApp Image 2023-04-13 at 20.42.41

Myeongho Jeong turut memuat naik semula entri daripada Instagram @Malayantigerfans yang mengandungi kenyataan peguam sukan, Zhafri Aminurrashid.

Menurut Zhafri Aminurrashid, klausa pemecatan jurulatih jika pasukan tewas dalam lima perlawanan tidak boleh dikuatkuasakan.

Ini kerana katanya, ia tidak akan diterima oleh mana-mana badan perundangan bola sepak termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Klausa kalah lima game kena buang adalah tidak boleh dikuatkuasakan di dalam perundangan bola sepak.

"Kalau tak percaya sangat (kemampuan jurulatih), bagi je coach kontrak tiga bulan. Tak okey, lepas tiga bulan tak payah perbaharui kontrak, tak payah bayar pampasan," katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Myeongho Jeong turut memaklumkan bahawa kesemua dokumen termasuk fail rakaman audio untuk mengheret Kelantan FC ke FIFA disiapkan pada Khamis.

Terdahulu, Kelantan FC dilaporkan akan menukar ketua jurulatihnya sekali lagi sekiranya pengendali sedia ada, Frank Bernhardt mencatatkan lima kekalahan.

Menurut Norizam semasa temu bual di Astro Arena, terma mengenai penukaran jurulatih jika mengalami lima kekalahan terkandung di dalam kontrak pengendali Jermain itu bersama Kelantan FC.

audio

"Saya tahu prestasi kamu di UiTM FC, kamu adalah jurulatih profesional, jadi saya beritahu ini ialah sasaran KPI (key performance indicator) yang perlu dicapai tahun ini.

"Kalau tak capai, kita akan tukar (jurulatih lagi). Takkanlah kita nak buat bodoh sahaja kalau dia tak capai sasaran ditetapkan.

"Jadi kita bagi dia peluang tapi kalau dia dah kalah sampai lima kali match, dalam kontrak dah tertulis, kau kalah lima kali match, kita terpaksa tukar," katanya.

Norizam turut mengakui bahawa persetujuan tentang perkara itu sudah dicapai bersama Bernhardt. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram